Tuesday, November 23, 2010

MACAMANA HENDAK BUAT POKOK ANDA BERBUNGA / HOW TO MAKE YOUR PLANT BLOOM




AKAR / ROOTS

Setengah pokok seperti bunga kertas perlu akar bersesak untuk berbunga dan sebab itu ianya senang berbunga sekiranya ditanam didalam pasu. Pokok yang berbatang lembut tidak mahu akarnya bersesak untuk berbunga. Sekiranya pokok ditanam didalam pasu, pastikan air siraman tidak bertakung didalam pasu, membuat akar rosak dan akhirnya membunuh pokok anda./ English: Some plant such as bougainvillea need an environment such as crowded root to bloom, therefore bougainvillea is best to be grown in containers. Make sure the container to be used has good holes so that the excess water can drain easily, if not stagnant water can cause root to rot and eventually kill the plant

MENCANTAS/ PRUNNING

Pokok berbatang keras seperti bunga kertas perlu dicantas agar pucuk baru keluar dan pucuk ini dengan baja yang betul dan suasana yang betul akan mengeluarkan bunga’./ English: Prunning is very important as it will encourage the growth of new shoot, this new shoot with proper nutrient and environment will make your plant bloom.

TANAH TANAMAN/ SOIL

Pastikan tanah yang digunakan adalah peroi dan banyak bahan organic. Tanah liat tidak sesuai sebab ianya akan memegang baja dan pokok tidak akan mendapat segala ‘nutrient’ untuk berbunga./ English: Use only good porous soil with a lot of organic matter. Clay soil will not release nutrients from soil to the plant, thus plant will not get the nutrients to bloom.

PENYIRAMAN/ WATERING

Semua pokok perlu air dan mengetahui keperluan air untuk pokok adalah penting, terlebih air pun boleh membunuh pokok anda. Tidak semua pokok memerlukan air yang banyak, bunga kertas contohnya hanya perlu disiram selang sehari dan pastikan tanah didalam pasu sudah kering baru disiram; pokok berbatang dan berdaun lembut seperti Alpinia memerlukan banyak air yang banyak. Pokok seperti Alpinia purpurata tidak boleh disiram selepas matahari naik atau sebelum matahari turun. /English: All plants require water for healthy growth but to much water can also kill your plants. Some plant require less water, such as bougainvillea which only require watering on alternate days, make sure the surface soil is dry before watering. Soft stem plants require more water. According to our experience plants like Alpinia purpurata can only be watered before sunrise and after the sun had gone down, these sort of plant is very sensitive to sudden change in temperature.

Alpinia purpurata

BAJA/ FERTILIZER

Semua pokok yang jenis berbunga perlu banyak tenaga untuk berbunga dan tenaga ini datang dari cahaya matahari dan baja. Apabila anda membeli baja akan ada tertulis pada bekasnya contoh nisbah NPKseperti 12: 12: 15. Angka angka tersebut bermakna 12% (N)Nitrogen: !2%(K) Fosforuss:15%(K) Potassium. Angka angka tersebut akan berbeza mengikut jenis baja yang dibeli / English: Most flowering plant requires a lot of energy from sunlight and fertilizer to bloom. When you buy fertilizer you will notice NPK ratio such as 12: 12: 15 written on the container. The ratio mean 12% (N)Nitrogen: !2%(K) Phosphorous:15%(K) Potassium. Different type and brand of fertilizer will usually have different ratio.


Nitrogen (N)

Nitrogen sangat penting dalam pertumbuhan pokok/ English Nitrogen is very important in plant growth:-

  • Nitrogen membuat daun pokok menjadi hijau disebabkan klorofil dan klorofil mengeluarkan karbohidrat, protin dan oksigen/ English: Nitrogen is crucial for the formation of chlorophyll, which produce carbohydrates, proteins and oxygen.
  • Pokok yang kurang nitrogen daun berwarma kekunigan, bantut, pertumbuhan akar yang terbantut, pokok senang kena penyakit dan pokok mengeluarkan bunga yang tidak cantik atau tidak berbunga langsung./English: Nitrogen deficiency will stunted plant growth ; the leaves will turned pale green and eventually yellow ; the root growth will be stunted; susceptible to disease; and will produce stunted flower or will not flower at all.

Phosphorous (P)

  • Fosforus berfungsi untuk/ English : Phosphorous is responsible for :-
  • Pertumbuhan sel pokok./ English: Development of cell

  • Pertumbuhan akar yang sihat/ English : Healthy root growth
  • Fosforus menolong pokok menyimpang tenaga didalam bunga, biji dan akar: tanpa tenaga yang cukup pokok tidak akan berbunga.:/English: Phosphorous helps plant in storing energy in the flowers, seeds and roots, thus without a stored energy plants will have no energy to produce flowers.
  • Kekurangan fosforus membuat akar pokok tidak sihat, pokok bantut dan daun berwarna keungguan. / English Phosphorous deficiency will have poor root development and show symptoms like stunted growth and leaves that turn purplish in colour.

Potassium (K)

Pottasium berfungsib untuk/ English Potassium is responsible for:-

  • Pertumbuhan klorifil/ English Chlorophyll formation
  • Sel pokok yang sihat/ English Strength of cells
  • Menggalakan pertumbuhan bunga dan buah dengan dengan mengawal pergerakan air dan ‘nutrient; termasuk enzim dan hormone/ English Encourages flower and fruit formation by proper regulating of water and nutrients ( including enzymes and hormones) movement .
  • Mengawal pokok dari jangkitan penyakit dan serangga./ English Ability for the plant to resist plant diseases and insect attacks.
  • Pengeluar dan pergerakan gula pada pokok/ English :Production and translocation of sugars in the plant.
  • Kekurangan Pottasium membuat batang pokok tidak kuat, hujung daun tua berwarna kuning dan keliling daun menjadi coklat./ English :Plants that exhibit symptoms of Potassium deficiency will have weak stems, older leaves with yellow tips and brown margins.
Penggunaan baja/Application of fertilizer

Adalah dicadangkan pembajaan dibuat setiap dua minggu, dan selangkan antara baja kimia dan baja organik. Terlalu banyak baja kimia akan membuat tanah menjadi keras yang mengakibatkan air susah menyerap. Sekiranya mengunakan baja jenis cecair guna sukatan yang betul atau guna EC Meter untuk memastikan terlalu pekat dan masin./ English: It is recommended that fertilizer are to applied fortnightly and alternate between chemical and organic fertilizer, too much chemical fertilizer will cause your soil to become hard pan and difficult to absorb water. If liquid fertilizer are to be used then make sure that you read the instructions and the dosage shown on the packaging to avoid too high in nutrients and salt or to be on the safe side you can use EC meter.

EC METER

CAHAYA MATAHARI

Cahaya matahari memainkan peranan penting untuk pokok mengeluarkan bunga, boleh dikatakan kesemua pokok pokok tropika yang berbatang keras memerlukan matahari penuh untuk berbunga, Pokok pokok berbatang lembut ( contohnya’indoor plant’} biasanya memerlukan kurang cahaya .matahari dan setengah pokok perlu tempat teduh./ English: Sunlight play a very important role for plants to bloom. Most tropical plants with hard stem requires full sunlight to bloom. Plant with soft stem such as indoor plants require less sunlight and even require full shade..






11 comments:

  1. salam ya. melor tak tanya sikit ni. kenapa pokok alpinia x boleh siram seperti agrobio tulis?

    ReplyDelete
  2. To Melor, W'salam . Saya tulis mengikut pengalaman sendiri. Pokok Alpinia purpurata sangat sensitif dan tidak boleh terkejut, tambah2 lagi ketika baru tanam. Kalau siram bila matahari sudah naik ianya akan jadi bantut dan lambat berbunga.

    ReplyDelete
  3. Agrobio Solutions, thanks for the useful tips!

    ReplyDelete
  4. ooooo gitu kaedahnya patut la pokok melor tanam tak berapa subur bunga nya pun x meriah. terima kasih ya.

    ReplyDelete
  5. oh patutla ,slepas sya galih pokok alpina terus terbantut thnak di diatas informasi.

    ReplyDelete
  6. macam maner nak buat pokok orkid cepat berbunga......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukup cahaya matahari untuk jenis orkid anda, siram air dengan cukup, pembajaan yang cukup dan sekiranya orkid didalam pasu yang terlalu kecil elok dipindahkan ke pasu yang lain dn tambah media.

      Delete
    2. apakah medium tanaman yg sesuai utk bonsai kemboja

      Delete
    3. apakah medium tanaman yg sesuai utk bonsai kemboja

      Delete
    4. Tanah utk kemboja.. beli kat kedai.. 3 in 1..

      Delete
  7. Salam Editor. Saya ingin bertanyakan cara untuk mencegah penyakit yang menyerang POKOK BUNGA MELUR di dalam pasu. pada awalnya, pokok tumbuh subur dan menjadi serta berbunga lebat. Kemudian dedaunan yang terdapat pada pokok tersebut bagaikan dimakan serangga, tetapi x dapat di kesan serangga apa. malah setiap pucuk bebunga akan direncatkan. tetapi anak2 pokok terus hidup subur. apakah racun yg sesuai utk sy gunakan? pesticide atau herbicide atau fungicide... terima kasih.

    ReplyDelete