Monday, April 12, 2010

PENGUNAAN CHLOROCHOLINE CHLORIDE (CCC) DIDALAM INDUSTRI LANDSKAP DAN PERTANIAN

THE USE OF CHLOROCHOLINE CHLORIDE (CCC) IN LANDSCAPE AND AGRICULTURE INDUSTRY

To translate to other languages click chosen flag topmost right column.

Nama penuh kimia: (2-Chloroethyl)trimethylammonium Chloride- ClCH2CH2N(CH3)3Cl
Nama sinonim: (2-Chloroethyl)trimethylammonium chloride, Chlormequat chloride, Choline dichloride

Pengunaan CCC diluar negara
  • Sekiranya anda keluar Negara anda akan dapati banyak pokok pokok bunganya yang bersaiz kecil daripada biasa tapi bunganya besar, sebenarnya pokok pokok tersebut telah disembur dengan CCC.
  • Ubi kentang ‘potato’ (Solanum tuberosum L.) di luar negara pokoknya renek sahaja tetapi ubinya lebih besar dan lebih banyak. Pokok pokok ini telah disembur dengan CCC.

Pengunaan CCC Di Malaysia
  • CCC adalah satu bahan kimia yang hanya dipakai oleh penyelidik penyelidik pertanian di Badan badan Kerajaan dan Universiti tempatan
  • Bahan ini sangat jarang dipakai didalam Industri landskap dan pertanian di Malaysia.

Fungsi CCC
  • Mengawal pertumbuhan pokok (Growth regulator)
  • Menambah kapasiti fotosintisis( photosynthetic capacity and photoassimilate partitioning among leaves )
  • Kajian telah dibuat di beberapa Universiti diEngland telah mendapati pokok barli yang disembur dengan CCC memberi hasil tuaian yang lebih tinggi.
  • Daun yang disembur dengan CCC mempunyai chlorophyll 22% lebih tinggi
  • Pokok pokok yang disembur dengan CCC akan jadi renek disebabkan ruas batang akan jadi pendek tetapi tidak menjejaskan saiz bunga dan daun.
  • Tenaga yang dihasilkan melalui fotosintisis tidak digunakan untuk pembesaran/ pemanjangan batang pokok (stem/stolon) tetapi sebaliknya menghasilkan lebih banyak bunga dan bijian/ubian.

En. Ismail Saidin dan CCC
  • En Ismail Saidin adalah bekas penyelidik di Univesiti Kebangsaan Malaysia dan Botanist di Putrajaya, beliau juga adalah penulis buku yang terkenal. Banyak buku buku beliau mengenai pokok terdapat dipasaran dan menjadi rujukan ramai. Walau pun beliau belajar di Jerman , saya pula di England dan berlainan latarbelakang dan pengalaman, kami berkawan rapat dan selalu bertukar pendapat. Pengetahuan beliau tentang pokok pokok tempatan dan pokok pelik pelik adalah sangat tinggi dan apabila saya ada masalah mengenal sebarang pokok, beliaulah tempat saya merujuk.

  • En. Ismail telah membuat penyelidikkan berkenaan CCC keatas banyak jenis pokok termasuk Bunga raya. Pokok Bunga raya yang terkenal dengan batang / ranting yang panjang panjang dan bunga yang jarang jarang tidak berapa menjadi pilihan peminat pokok disini. Pokok yang cepat membesar ini sekiranya ditanam dipembahagi jalan ianya akan menghalang penglihatan..

  • En. Ismail telah berjaya menjadikan pokok Bunga raya yang renek tetapi berbunga besar dengan menguna CCC.
  • ‘Dosage’ CCC berlainan dari pokok ke pokok dan penyelidikan perlu dilakukan untuk mendapat dosage yang sesuai.

  • En. Ismail Saidin sedia berkerjasama sekiranya ada mana mana pihak berminat untuk menguna CCC


Keselamatan
  • Untuk keselamatan, penyemburan CCC perlu memakai topeng muka keselamatan, cermin mata keselamatan dan sarung tangan


References

http://isaidin.blogspot.com

http://jxb.oxfordjournals.org/cgi/content/abstract/36/7/1126

http://www.journalarchive.jst.go.jp/english/jnlabstract_en.php?cdjournal=bcsj1926&cdvol=6&noissue=1&startpage=25

http://www.sigmaaldrich.com

http://www.sciencedirect.com





Promote blog

2 comments:

  1. ...traigo
    sangre
    de
    la
    tarde
    herida
    en
    la
    mano
    y
    una
    vela
    de
    mi
    corazón
    para
    invitarte
    y
    darte
    este
    alma
    que
    viene
    para
    compartir
    contigo
    tu
    bello
    blog
    con
    un
    ramillete
    de
    oro
    y
    claveles
    dentro...


    desde mis
    HORAS ROTAS
    Y AULA DE PAZ


    TE SIGO TU BLOG




    CON saludos de la luna al
    reflejarse en el mar de la
    poesía...


    AFECTUOSAMENTE
    AGROBIO SOLUTIONS

    ESPERO SEAN DE VUESTRO AGRADO EL POST POETIZADO DE CHOCOLATE, EL NAZARENO- LOVE STORY,- Y- CABALLO, .

    José
    ramón...

    ReplyDelete
  2. Yes Mr Jose Ramon, I would love to hear your love story and your poetry and of course enjoying your tasty chocolate and I wish I am in Portugal.

    ReplyDelete