Sunday, December 20, 2009

MASALAH JERAWAT (ACNE)

JERAWAT (ACNE)

Jerawat terjadi disebabkan tersumbatnya liang bulu ruma (follicles).


Hyperkerainization

Hyperkerainization terjadi di lapisan sel didalam liang bulu ruma. Mengikut proses biasa sel mati dilapisan dinding didalam liang bulu ruma akan ditolak keluar secara semula jadi mengikut kadar pertumbuhan bulu ruma. Sel yang mati mengandungi keratin. Hyperkerainization terjadi apabila terganggunya pengeluaran keratin (disposal of keratin) dari liang bulu ruma dan keratin melekat diantara satu sama lain ,biasanya ini terjadi disebabkan genetik.atau keturunan Ketulan keratin yang melekat antara satu sama lain akan membuatkan liang bulu ruma tersumbat dan minyak semulajadi yang dikeluarkan oleh kelenjar 'sebaceous' tidak dapat keluar dan seterusnya membuat liang tersebut menjadi bengkak, kadangkala bernanah dan sakit.


Kelenjar 'sebaceous'

Kelenjar 'sebaceous' ialah kelenjar kecil yang bersambung kepada liang bulu ruma dan ianya adalah kilang untuk pengeluaran minyak/lilin yang dipanggil ‘sebum’, untuk melindungi bulu roma.dan kulit. Kelenjar ini terdapat dengan banyaknya di kulit muka dan kepala. Kelenjar ini akan mengeluarkan minyak/lilin(sebum) mengikut keadaan dan juga bergantung kepada kadar pengeluaran hormon seseorang seperti testosterone, dihydrostesteronedan lain lain.


Sebab sebab tumbuhnya jerawat:

  • Genetik atau keturunan
  • Aktiviti hormon
  • Gangguan kulit atau calar
  • Stres
  • Kelenjar 'sebaceous' yang terlalu aktif
  • Kuman yang masuk kedalam liang bulu ruma
  • Penggunaan anabolic steroids
  • Pengguna amphetamines(pil kuda) atau dadah yang lain
  • Kebersihan diri, membersih muka akan membersih minyak berlebihan di muka dan kuman tidak sempat membiak.
  • Terdedah kepada bahan kimia seperti chloracne, dioxins (diantaranya chlorinated dioxins). Kertas tisu berwarna putih selalunya (tetapi tidak semua) mengandungi dioxins. Dioxins adalah 'bleaching agent' untuk membuat 'cellulose' menjadi putih dan 'cellulose' adalah bahan utama untuk membuat kertas tisu.
  • Kurang vitamin A, C dan E
  • Pemakanan yang menyebabkan sesetengah hormon menjadi aktif seperti susu , nasi (carbohydrates) dan gula yang berlebihan dan ianya menyebabkan pertambahan keratin.
  • Terdedah kepada minyak atau 'grease'
  • 'Make-up' yang menyebabkan liang bulu ruma tersumbat , termasuk tidur tanpa membuang 'make-up'.
Akan datang kami akan memaparkan petua dan juga pengunaan pokok pokok herba yang boleh mengurangkan jerawat. Stay tuned.

Notes/catitan;-

There are more articles
listed at the top right column ,listed on the following headings/terdapat banyak lagi artikel disenarai di ruangan kanan/atas dibawah tajuk berikut:-
  • Tips on landscape.
  • Tips on herbal plants,
  • Tips on agriculture
  • General tips .









1 comment:

  1. Useful info. Fortunate me I found your website by accident, and I
    am shocked why this coincidence didn't took place earlier! I bookmarked it.
    my web site: cure acne overnight

    ReplyDelete