ADVANTAGES OF PEBBLE WASH/ KELEBIHAN 'PEBBLE WASH'
- Natural material, thus soothing to your eyes/ Bahan semulajadi dan lebih selesa di pandang.
- Will not fade /Tidak akan pudar.
- No need to apply paint forever./Tidak perlu dicat sampai bila bila.
- Aesthetically beautiful./ Cantik.
- Good for edging or contrast for flooring pattern. / Berguna untuk tepian dan corak didalam didalam rekabentuk lantai.
STEP NO. 1- IDENTIFY ELEMENT TO BE APPLIED WITH PEBBLE WASH LANGKAH NO. 1- MENGENALPASTI ELEMEN YANG HENDAK DIPASANG 'PEBBLE WASH'
- Measure the surface area to determine the amount of pebble required for the works. Usually a bag of 25 kg pebbles can cover ten square square feet . If you are skill enough, then you can apply thinner pebble wash and you can cover more than one square meter area with a bag of pebbles. Apply cement rich rendering to the surface to the required shape.
- Mengukur permukaan elemen untuk menentukan berapa banyak 'pebble' diperlukan, biasanya satu beg 'pebble' boleh digunakan untuk sepuluh kaki persegi. Jika anda sudah mahir, anda mungkin boleh pasang nipis sahaja dan anda boleh dapat menutup lebeh dari sepuluh kaki persegi untuk satu beg batu. Plasterkan mengikut bentuk yang di kehendaki mengunakan simen (lebihkan simen).
SUKATAN PLASTER/PLASTER MIX RATIO
'Plaster' kan struktur dengan sukatan campuran plaster seperti berikut;-
1 SIMEN (CEMENT): 3 PASIR HALUS (FINE SAND) : KAPUR(LIME)
Sukatan kapur adalah dicadangkan mengikut keperluan. Kapur membuat plaster likat dan cepat keras. Anda boleh mencuba mengikut kemahiran (skill) anda. Sekiranya anda memakai simen khas untuk plaster, kapur tidak perlu dicampur lagi.
STEP NO. 2-PREPARATION OF PEBBLE WASH MIX LANGKAH NO.2- MEMBANCUH 'PEBBLE WASH'
- Use only cement and pebble to make thick paste
- Guna batu dan simen sahaja dan pekat
- Sukatan 0.5-0.75 SIMEN(Nisbah sukatan) : 1 BATU (Nisbah sukatan)
- Let the cement absorb water and become very sticky
- Biarkan simen betul betul menyerap air dan menjadi likat
STEP NO.3-APPLY CEMENT AND PEBBLE MIXTURE ALL OVER THE ELEMENT
LANGKAH NO.3- RATAKAN CAMPURAN BATU DAN SIMEN KE SEMUA PERMUKAAN ELEMENT YANG HENDAK DIPASANG PEBBLE WASH
- INSTALL PEBBLE WASH MIX WHILST THE RENDERING STILL LOOK ' WET' BUT HARD ENOUGH TO WORK ON
- PASANG CAPURAN BATU DAN SIMEN KEATAS PLASTER YANG SEDANG MENGERAS
- COMPACTING AND SMOOTHING
- MEMAMPATKAN DAN MELICINKAN
- COMPACTING CAN BE DONE BY USING ROLLER AFTER MIXTURE START TO HARDEN.
- KERJA KERJA MEMANPAT DAN MELICIN BOLEH DIBUAT DENGAN MENGUNAKAN ' ROLLER' SELEPAS CAMPURAN SUDAH MULA MENGGERAS
STEP NO.4-WASHING CEMENT ON TOP OF PEBBLE
LANGKAH NO.4- MENCUCI SIMEN PERMUKAAN BATU
USE SHOE BRUSH AND WATER, BRUSH GENTLY AT LEAST AFTER ONE HOUR
GUNA BERUS KASUT DAN AIR, BERUS DENGAN PERLAHAN SEKURANG KURANGNYA SELEPAS SATU JAM
- AFTER ONE DAY OR MORE, USE DILUTED SULPHURIC ACID AND ROLLER TO WASH LEFT OVER CEMENT ON TOP OF PEBBLE
- SELEPAS SATU HARI ATAU LEBEH, GUNA ASID SULFURIC(50%-70% CAMPURAN AIR) DAN ROLLER UNTUK MENGELUARKAN SISA SIMEN ATAS BATU
RINSING OF ACID RESIDUE
MEMBASUH SISA ASID
Recommended stone sealant brand/Jenis stone sealand yang baik: DOLPHIN BRAND
MEMBASUH SISA ASID
STEP NO. 5. APPLY STONE SEALANT
LANGKAH NO. 5. SAPU 'STONE SEALANT'
LANGKAH NO. 5. SAPU 'STONE SEALANT'
Recommended stone sealant brand/Jenis stone sealand yang baik: DOLPHIN BRAND
INSTALLATION OF PEBBLES USING CLEAR BITUMEN AS ADHESIVE INSTEAD OF CEMENT
PEMASANGAN PEBBLES GUNA 'CLEAR BITUMEN' SEBAGAI GAM
I had received a lot of enquiries on installation of pebble using other adhesive instead of cement. Below are photographs of such installation in United Kingdom in the 80's and I was personally involved in the design. The binder used is a clear type of bitumen and the method of installation is the same as the installation of normal tarmac.
Banyak pertanyaan yang saya terima berkenaan pemasangan pebble menggunakan gam selain dari simen. Gambar dibawah ialah satu contoh satu projek disebuah sekolah di United kingdom pada tahun 80an yang mana saya juga terlibat dalam merekabentuknya. Gam jenis bitumen warna cerah/jernih telah dibancuh dengan batu (pebbles). Cara memasangnya adalah sama macam memasang jalan tar biasa.
Campuran batu dan bitumen tanpa warna di pasang diatas slab 'binder course' (black tarmac base)
Campuran yang telah dipasang di padatkan menggunakan 'compactor', 'roller' dan besi penebat.
ENQUIRIES ABOUT SUZUKA PEBBLES/PERTANYAAN TENTANG SUZUKA PEBBLES
We also receive a lot of enquiries on how to install Suzuka Pebbles which comes in containers. According to our experience, product that comes in container usually required a bit of stirring before using. We suggest that those who intent to use the product, should first practice applying it on any concrete surface. As we our self had no experience using it, we can only guest on how to apply it. Try to apply , level, and compact it. When you are very confidence, then only you can apply it at the destined surface. Usually if adhesive are used as binders, it should also act as sealant, therefore no need to apply acid or sealant. Please inform us on the result so that we can share it with others.
Malay: Ramai yang bertanya cara pemasangan Suzuka Pebbles. Biasanya produk yang dibeli didalam tong besi atau plastic, boleh dipasang terus selepas digaul sedikit untuk membuat batu yang terkumpul sebati semula. Buat percubaan atas permukaan simen dibelakang rumah anda sebelum membuat pemasangan di tempat sebenar, pasang ratakan dan padatkan. Jangan lupa beritahu kami apabila anda Berjaya, supaya kita bolih ‘share’ dengan orang lain
TO VIEW A COMPLETED PROJECT USING PEBBLE WASH EXTENSIVELY- CLICK IMAGE BELOW:-
Notes/catitan;-
There are more articles listed at the top right column ,listed on the following headings/terdapat banyak lagi artikel disenarai di ruangan kanan/atas dibawah tajuk berikut:-
- Tips on landscape.
- Tips on herbal plants,
- Tips on agriculture
- General tips .
Wow! I kind of guessed 50% of the steps involved in this DIY pebble wash. Thank you for the step by step details.
ReplyDeleteI've bookmark this article for reference, till I have the time to produce some for my own garden, don't get much free time these days. I bet I can have pebble wash at half the price.
Also, I can have different size and shapes.
Of course, to get better result, one will have to do a few test runs to get the feel and learn the skills.
Cheers,
http://agustusonline.blogspot.com
Salam...kalau nak pasang pebble kat dinding macammana ye?....
ReplyDeleteUntuk pasang pada dinding sama saja. Anggap macam anda hendak pasang plaster, jangan diseret tapi di tekap untuk 'compact'kannya. Corners kena di bulatkan dulu. anda kena practice. Air simen yang hendak disapukan pada dinding elok dicampur sedikit simen gam(simen gam ada dijual kat kedai hardware.
ReplyDeleteSemasa memasang pebble wash pada dinding dan anda takut ianya runtuh, tabur simen kering selepas pasang pebble wash ,ianya akan terus jadi keras.
ReplyDeletesaya nak tanya kalau pasang kat siling boleh tak pebble wash ni??
Deleteterima kasih agrobio solutions atas maklumat yg diberikan....
ReplyDeleteSulphuric acid untuk membersih simen ada di jual dikebanyakan kedai hardware. Pakai cermin mata keselamatan, mask hidung dan glove getah. Fume acid is bad for your lung.
ReplyDeletesy jimat byk duit.. trima kasih
ReplyDeletesalam,nk tanya apakah jenis acid yg dgunakan utk mengecat simen ferro?
ReplyDeleteAcid staining susah sikit nak dapat bahannya, tapi teknik painting boleh dapat effect yang lebeh baik.
ReplyDeletesaya dah try tapi jadik menggerutu dan tak sama ... pasai apa ek/
ReplyDeletetq atas info yg diberikan....amat2 berguna......
ReplyDeleteSAYA HANYA MAHU MEMASANG P/WASH DI BENDUL PAGAR BERANDA..LEBIH KURANG SEPERTI BENDUL KOLAM DI ATS..CUMA BEZANYA SAYA MEMBUAT BENTUK PETAK BUKAN BULAT..SOALAN SAYA IALAH..ADAKAH TIDAK PERLU MENGGUNAKAN SIMEN GAM ATAUPUN SUSU(SEJENIS CECAIR BWARNA PUTIH)ADAKAH IA SUDAH MEMADAI DAN TAHAN LAMA UNTUK MGUNAKAN SIMEN BIASA?KERANA UNTUK JANGKA MASA YANG PANJANG..MUNGKIN ANAK2 AKAN PANJAT DI ATASNYA..MLETAK BARANG YG BERAT DLL..TUKANG SAYA KATA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN SIMEN GAM..ADAKAH IA BENAR?
ReplyDeleteTo annonymous,simen gam digunakan untuk permukaan yamg licin saja dan simen gam di sapu pada permukaan saja' jangan masukan simen gam ke dalam pebble. Untuk matlumat lanjut call 019-9344300
ReplyDeleteTo beyeh, pebble wash mengerutu sebab campuran simen banyak sangat dan anda tak mampatkan selepas 20 minit di pasang. Tekan betul2 dan biar jadi licin.
ReplyDeleteKalau nak buat p/wash kat lantai porch dan diselang seli dgn tiles, adakah campuran simennya sama? dan tidakkah penggunaan acid bg mencuci p/wash bolih merosakkan permukaan tiles tersebut atau ada teknik tertentu untuk kaedah ini?
ReplyDeleteTo anonymous, pasang tile dulu mengunakan campuran simin gam dan simin biasa. lepas itu baru pasang pebble wash. Guna roller untuk acid-wash pebble wash. Acid kena tile tak rosak. Kalau pakai tile cap 'ayam' ,test lah dulu, ok ke tak.
ReplyDeletekalau saya hanya mahu melabelkan lantai dlu dan batu tu ditekan2 sahaja kerana sikit sahaja yang nak dipasangnya..iaitu 1x11..mcm line je la..so ok tak dengan teknik tabur n ketuk till mampat?tcabut x?or kna gaul jugak dengan simen dulu?
ReplyDeleteTo Anonymous, kalau nak cantik kena gaul jugak, teknik tabur hanya dilakukan pada spot spot yang didapati campuran simen terlebih dan takut sekiranya proses 'wash' akan membuat spot tersebut tidak rata dan berlekuk lekuk.
ReplyDelete1) ada tak tips untuk mengelakkan batu2 kecil tersebut tercabut di kemudian hari? khasnya sewaktu hendak membersihkan lantai pebblewash dengan berus.
ReplyDelete2) Adakah tembok yang di pasang dengan pebblewash yang terdedah dengan hujan panas akan menyebabkan ia mudah di selaputi lumut
nak buat step utk pijak kat garden mcm mana plak? lapisan bawah nak guna simen dan pasir dulu ke? or terus aje buat dgn batu?
ReplyDeleteTo anonymous,
ReplyDelete1 Sekiranya campuran simen dan batu di tekan padat,pebble wash anda sekuat lantai dari bahan lain.
2. Sapukan 2 lapis acrylic paint brand dolphin dan dicairkan dengan thinner. Pewremukaan pebble wash anda akan susah kotore dan tidak berkulat.
To anonymous,
ReplyDeleteMula mula korek lubang (excavate)
lepas itu masukan batu dan mampatkan (hard core)
Slab pakai konkrit nisbah ( 3 batu : 2 pasir: 1 simen). Bentukan mengunakan plaster ( 1 simen : 3 pasir halus). Lepas 30 minit atau plaster mula hendak keras pasangkan pebble wash
saya ade membuat batu pijak menggunakan batu pebblewash. apabila sudah kering sy sapukan asid utk membuang saki baki simen. akan tetapi batu tersebut tidak menjadi kilat. ada tip tak macam mana nak bagi kilat?
ReplyDeleteTo anonymous, selepas cuci pakai acid, bilas dengan air sampai bersih. selepas betul betul kering sapukan acrylic paint yang telah dicairkan menggunakan thinner
ReplyDeletekalau pebblewash yang sudah siap hampir 3 bulan tapi kelihatan pudar dan tidak berkilat dari awal lagi, adakah masih boleh dibuat supaya berkilat?
DeleteBasuh balik guna asid dan sapu balik sealant
DeleteTQ Agrobio atas rujukan yang diberikan. Saya baru membuat porch kereta dengan menggunakan tiles diselangkan dengan pebble wash stone ini. Tetapi orang yang saya upah itu hanya mencampurkan pebblewash ini dengan gam khas sahaja tanpa meletakkan simen. Adakan cara ini dapat membuatkan struktur pebblewash ini bertahan lama dari tercabut. Saya ade bertanya kenapa tidak dicampur simen, dan jwpannya kerana guna gam lagi cantik
ReplyDeletekalau apply pada lantai atau dinding yg sedia ada boleh melekat ke pebble mix tu
ReplyDeleteSekiranya anda perrlu pasang pada tempat yang sudah siap. Basahkan kawasan tersebut dan sapu air simen gam pekat sebelum pasang pebbles
DeleteTo anonymous, Dinding atau lantai tersebut kena diplaster semula walaupun nipis. Sekiranya dipasang terus ianya akan retak.
ReplyDeleteTo Zam, Gam juga boleh digunakan asalkan ianya memang untuk tujuan tersebut. Di England memang mereka mengunakan gam yang perlu dipanaskan dulu sebelum di gaul dengan batu. Gamnya macam acrylic, warna jernih dan agak mahal. Kalau guna gam anda tidak perlu acid wash dan acrylic paint.
ReplyDeletehi..salam...nak tanye kalau nak buat pebble stone kat lantai garden guna size ape yang nampak cantik...ade size besar dan yang kecil...thanks.
ReplyDeleteTo anonymous, Saiz 5mm atau 10mm. 5 mm nampak lagi kemas.Jenis ARP berwarna kemerahan dan AMP kekunigan sikit. kedua jenis diatas adalah yang tercantik dan berasal dari filipina
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteSaya ingin membeli pebble yang sudah siap bancuh dengan gam brand Sakura untuk di gunakan di permukaan tiang & dinding. Di sini saya ingin bertanya:
1) adakah dinding tersebut perlu di plaster terlebih dahulu walaupun saya guna pebble yang sudah siap di bancuh tersebut?
2) Perlukah saya menggunakan asid sulfuric dan stone sealant selepas itu?
A'kum En Aswad, 1. kalau guna gam, tidak perlu di plaster semula. 2. Biasanya sekiranya gam jenis acrylic dan jernih digunakan,maka anda tidak perlu guna asid dan sealant lagi.Kalau selepas pasang ianya tidak berkilat itu menunjukan ianya jenis bukan acrylic dan anda perlu guna sealant jenis acrylic dan tidak pelu guna asid. Biasanya pada 'container' ada cara untuk memasang pebble yang anda beli.
ReplyDeletew salam, terima kasih di atas penjelasan. pebble yang siap bancuh tersebut ialah brand suzuka trowel stone bukannya sakura seperti yang saya tulis di atas...banyak di jual di jalan ipoh, depan balai polis sentul, 1 container RM165-RM170. tetapi yang saya perasan, ia adalah campuran yang berwarna putih, bukannya jernih. Maka saya perlu menggunakan stone sealant jenis acrylic selepas pemasangan.
ReplyDeleteA'kum En Aswad, Apa yang perlu risau gam putih tersebut akan membuat batu anda akan menjadi putih dan perlu pula di basuh dengan asid sebelum dicat dengan acrylic paint. Dengan harga yang begitu mahal adalah lebih baik guna pebble dengan simen sahaja. Pebblenya yang berkualiti baik dalam RM28-Rm35 sebeg 25 kg dan simen dalam RM17/beg. Acrylic paint yang paling baik cap dolphin dalam RM120/5 litre.
ReplyDeletew salam, Insyallah saya akan cuba pasang pebble dengan simen untuk lantai di porch berpandukan info2 yang telah di berikan di atas. Untuk tiang tu terpaksalah saya pasang jugak guna suzuka trowel stone sebab dah beli. saya mmg minat betul pebblewash ni. terima kasih aats segala tunjuk ajar.
ReplyDeleteAssalamualaikum,sy baru siap psg pabble wash utk planting box n skeliling tile sebelahnya saiz dlm 1'x14'..tp mslh yg sy hadapi ialah slps di basuh dgn span basah kesan simen mmg x tanggal...mcmana tu perlu sy buat balik ke..
ReplyDeleteTo anonymous,Anda perlu basuh guna asid dan bilas betul2 apabila semua kesan simen sudah keluar. Bila sudah betul2 kering, berus keluar semua debu dan sapukan dua lapis acrylic paint. Acrylic paint yang baik seperti cap dolphin dicadangkan. arylic paint perlu dicairkan guna thinner sebab kalau terlalu tebal susah nak roll atau pakai berus.
ReplyDeleteIc,tq tuan..mslh sy ni sy rs brpunca dr ms gaul pabble wash tu sy cmpur skali dgn simen gam,nisbah dlm 3 simen biasa 1 simen gam atas nasihat tauke kedai.. :), lps 1 jam kering sy cuba cuci dgn span basah,tp simen tu mcm liat sgt nk tanggalmelekit..,gosok kuat sikit dgn batu trtnggal..so kalo prblem mcm ni guna asid bole tanggal ke kesan simen gam td...tq
ReplyDeleteTo anonymous, tak pernah pula kami campur simen gam. kami guna simen gam keatas permukaan asal yang licin agar plaster tidak tertanggal. macamana pun cuba guna asid lebih sikit, it should work, kalau tidak kena chip keluar guna grinder dan pasang baru.
ReplyDeletenak tanya..tuan ade amik upah memasang ke? antara pasang tile dgn pebble mana lagi jimat?
ReplyDeleteTo Zul, Kami biasanya buat design sahaja. Sekiranya En. Zul nak cari orang pasang saya boleh kenalkan, the rest you discuss dengan mereka. Biasanya untuk lantai upah pasang tidak termasuk material dalam RM 8 hingga RM 10 sekaki persegi dan untuk elemen seperti tangga dan tiang dalam RM17 hingga RM25 sekaki, bergantung pada design. Upah pasang tile dalam RM 3 sahaja.
ReplyDeletekalau imprint tu pulak macam mana untuk membuatnye?
ReplyDeleteEn Zul, Imprint pakai rubber mould yang ditekan keatas lantai simen yang telah di 'apply' simen warna dan hardener.
ReplyDeletetentang harga pula bagaimana? adakah imprint lagi murah dari pebble atau tiles?
ReplyDeleteTo Anonymous,
ReplyDeleteImprint ada banyak brand dan harga pun berbeza beza dan tidak murah RM 80 hingga RM150/M2. Imprint yang murah, warna akan pudar selepas 2 tahun
Mr.Agrobio,
ReplyDeleteThis is an awesome guide! Just what I have been looking for but alas I have no time to DIY. Can you please share some pebble wash contractor? My location is in Klang.
Thanks so much! keep sharing!
Maaf..lupa bagi contact. emel: maikelfch@yahoo.com
ReplyDeleteThank you again!
salam.. apa cara untuk meghilangkan semen yang telah kering di atas permukaan mozek
ReplyDeleteTo Anonymous,
ReplyDeleteGuna Sulphuric acid , ianya dijual dikedai hardware. Guna roller untuk sapu. Pakai gogle dan glove getah. Bilas dengan banyak air
Slm,
ReplyDeletesy nk tanya detail saiz std pebble wash ni untuk lantai dan dinding....
nak cari dekat kedai n nak DIY...
To Anonymous,
ReplyDeleteUntuk dinding biasanya pakai saiz 5mm dan untuk lantai Seperti berikut:-
Saiz 5 mm Sahaja
Saiz 10 mm sahaja
Saiz 10 mm campur 5mm
trima kasih....
ReplyDelete1 lg soalan....kalau sy nk buat pebble ni atas simen render/lantai yg sedia ada, perlu ke sy render lg selapis atau hanya chip je lantai sedia ada atau chip & render baru follow dgn pebble?
To Anonymous,Kalau tidak disimen render balik ianya akan jadi retak seribu dan akan merekah keluar sikit demi sedikit
ReplyDeleteso sy kena render 1 lapis dulu la....
ReplyDeletekalau sy hanya chip/ketuk lantai lps tu trus lay pebble x render 1 lapis baru pun retak juga ke?
To Anonymous,
ReplyDeleteRasanya u tak ada pilihan kalau nak lantai u tahan lama, kena render balik.
hi i am nizam..
ReplyDeletesy dah DIY peeble wash pd tiang pagar saiz dlm 5mm warna hitam.. tp tk sempat nk sapu sulfurik asid & dolphin sealent.. almost 1 week tinggal camtu jer..boleh tk sy continue mcm biase or sy kene tanggal & buat semula.. thanks:)
ok untuk lantai sy dh faham kena render dlu utk thn lama...
ReplyDeleteso untuk buat dkt dinding, perlu ke sy chip dinding dlu mcm nk psg tiling?
To Anonymous,
ReplyDeleteUntuk dinding yang sudah siap dan belum dicat atau dilicinkan dengan air simen, anda perlu basahkan dinding yang sudah kering dan plaster nipis sahaja dan barulah dipasang pebble wash. Sekiranya sudah dicat atau dilicinkan guna air simen barulah kena chip agar plaster boleh lekat.
To En. Nizam,
ReplyDeleteNo problem, anda masih boleh cuci pakai asid dan rinse betul2. Bila sudah betul betul kering baru apply sealant acrylic paint.
terima kasih...
ReplyDeletecukup info utk sy DIY....
Hi Saya Azmin
ReplyDelete1.Macam mana teknik nak bagi batu-batu tu betul-betul rapat ? Macam mana nak kenal pasti batu-batu tu betul-betul rapat ?
2. Macam mana teknik tampalan dinding yang betul ?
Sayan tengah DIY pebble wash ni. Simple project.
To En azmin
ReplyDelete1Selepas dipasang batu biarkan sekejap agar ianya sudah nak settle, kemudian padatkan dan tekan sambil ratakan, batu akan jadi padat dan simen lebih akan naik ke permukaan.Ianya padat bila anda rasa solid bila dipadatkan.
2.Teknik pasang kat dinding sama macam pasang plaster except anda kena padatkan macam diatas.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSaya Adek Awang. Saya nak ucapkan banyak-banyaik terima kasih kepada En. Yusuf kerana tidak pernah lokek memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu. Bahkan sanggup bawa saya melihat sendiri secara dekat projek lanskap/pebble wash yang telah siap di Bukit Bunga (sebagaimana gambar dalam blog ini). Terima kasih juga kepada tuan rumah.
Salam
ReplyDeleteSaya sudah cuba kali ke 4. Masih belum berpuas hati hasilnya. Macam mana saya nak paste gambar dalam blog ini ? Saya mintak pandangan mana silapnya. Batu yang digunakan bukan yang kecil sekali.
En Azmin,
ReplyDeleteEmailkan gambar kepada saya.Email address ada diatas.
thanks to agrobio...sy dh boleh buat sndri...hasil bg org yg x biasa buat mcm sy ni bolah tahan jgk la.....yg pnting mmg save byk kos....
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTuan, adakah sesuai pebble wash ni dalam bilik air? ada tak effect seperti retak, batu tertanggal atau pun payah nak tanggalkan lumut? dan bolehkah tuan kenalkan tukang pebble wash utk sy dapatkan khidmat mereka, minta no phone utk sy ctc mereka?
terima kasih.
Mat, sentul
salam, kami baru saja memasang pebble wash pada lantai menggunakan teknik tuan, tapi malangnya hasil yg kami perolehi tidak secantik pebble wash yg sediada iaitu rata permukaannya dan tidak terdapat kesan simen yang ketara.
ReplyDeletesoalan kami adakah kami perlu menggunakan roller untuk mendapatkan permukaan yg rata dan adakah dengan menggunakan roller maka kesan simen dapat diminimakan dan berapakah berat roller yg dicadangkan serta selepas berapa lama baru kami boleh mengunakan roller.
terima kasih
To anonymous,
ReplyDeletePebble wash tempat basah tida masalah retak tetapi masalah lumut. Emailkan Email address tuan ke address berikut agar saya dapat beri no telefon kontraktor.
agrobio.solution@gmail.com
T.K
To anonymous,
ReplyDeleteDari maklumat yang tuan utarakan, jelas sekali krja kerja pemadatan tidak dibuat. Selepas pasang dalam 15 minit pebbles perlu dipadatkan. Pemadatan akan merapatkan pebbles dan simen naik ke permukaan. Pemadatan juga membuatkan permukaan rata.Jangan guna roller untuk meratakan pebbles, guna rooler untuk acid wash dan pasang stone sealant sahaja. T.K.
salam,berbanyak terima kasih di atas jawapan tuan ucapan syabas juga utk tuan kerana menyediakan ruangan ini semoga tuan akan lebih berjaya dan dimurahkan rezeki serta diberkati.
ReplyDeleteroller yg saya maksudkan ialah roller yg dibuat dari besi berat yg boleh di sorong dan tarik, adakah teknik ni berkesan utk merapatkan batu serta membolehkan simen naik ke permukaan.
Terima kasih.
To anonymous,
ReplyDeleteBagus juga untuk tahu kaedad baru.Tidak pernah lagi saya tengok kaedah 'roller' digunakan selain dari pebble yang menggunakan clear bitumen sebagai 'binder'. Sekiranya tuan mencuba kaedah 'roller' ini dan berjaya, harap tuan dapat beritahu kami agar kita dapat kongsi cara baru.Syabas atas 'creativity' tuan untuk memikirkan dan mencuba kaedah baru.
Saya nak pabblekan swimming pool umah saya, siapa boleh buat, hubungi saya 016 253 2587 jamal. Keluasan 24' (L) x 12' (W) x 3.4' (D) Lokasi Meru, Klang, Selangor.
ReplyDeleteThanks
Salam, bnyak mklumat yg diperolehi dari soalan2 diatas. Tahniah. bnyak pahala tu tolong orang. sya jug berminat nak buat PWash kat dlm kolam ikan( buat sndiri ). so saiz PW yg mcamana cntik dan sesuai untk kolam ikan. TQ
ReplyDeleteHi! Boleh tanya mana boleh dapat sealer cap dolphin?
ReplyDelete1.Untuk kolam kami suka pakai warna hijau gelap no 5
ReplyDelete2 Stone sealer cap dolphin kalau dikuantan ada dijual dikedai jotun. atau hardware yang agak besar. Kalau tak ada juga anda boleh beli stone sealer yang ada anti UV
Salam
ReplyDeleteNak tanya pebble stone ni ada jual kt mana? Dh pergi cari kt semua kedai hardware..tapi takde jual. Kt nursery ada tak?
Biasa dijual dikedai jual jubin. En tinggal dimana?
ReplyDeleteterima kasih diatas tunjok ajar yang saudara berikan pada kami yang serba serbi kekurangan berkenaan pertukangan tangan tapi amat berminat. terima kasih sekali lagi saya ucapkan.
ReplyDeletesya telah membuat lantai menggunakan pebble wash no.5 dan telah mengilatkan dengan sealer yg dijual di tempat saya membeli pebble wash tersebut. tetapi hasilnye keadaan lantai saya bertompok-tompok putih dan hitam warnanya. apakah cara penyelesaian nya untuk menghilangkan tompok2 tersebut?
ReplyDeleteTo Anonymous'
ReplyDeletesebelum pasang sealer ...ada nampak tompok2 tak? Container untuk sealer bersih ke?
To anonymous,
ReplyDeleteTompok2 atau warna tidak serata terjadi sekiranya sdealer disapu pada permukaan yang belum betul2 kering. Biasa nya sealer anda akan mudah lekang. Bila sudah betul2 kering sapu lagi satu lapis sealer yang ada anti UV
saya sudah pasang pebble wash tapi setelah dibasuh tanpa gunakan asid dan sealer, saya dapati batu2 nya jarang2. Tiga hari kemudian, saya buat semula dgn menambah satu lagi layer pebble wash.Agaknya sebab saya tidak plaster semula, pebble wash tak melekat. Apa yang patut saya lakukan? Boleh tak batu2 yang tanggal dibersihkan untuk diguna semula walaupun sudah terlekat simen kering pada batu2 itu. Bagaimana hendak bersihkan simen kering tersebut?
ReplyDeletehasil akhir saya ialah lantai yang bertompok dan tidak rata kerana second layer yang sebahagian melekat dan sebahagian tertanggal. boleh ke saya ulang semula proses ini pada bahagian yang tertanggal shj. ataupun ada tak jual gam sahaja untuk dicampurkan dgn pebble wash. saya takut kalau buat semula, lagi teruk jadinya
ReplyDeleteTo Hakim,
ReplyDeleteTuan boleh grind keluar bahagian yang rosak sahaja and redo bahagian tersebut
To Hakim,
ReplyDeleteBatu yang tercabut tidak boleh digunakan semula selagi simen yang melekat maseh ada
sangat bermanfaat. semoga anda diberkati.kalau saya ni lelaki, memang rasanya saya akan buat sendiri untuk rumah saya.
ReplyDeletetq nice info
ReplyDeleteDIY yg bagus. salam tuan. sy igt nk try buat di lantai car porch rumah org tua yg berkeluasan 700ft2. ada apa2 petua utk mengelakkan struktur dr retak di kemudian hari? dan agk2 berapa mm tebal lepaan lapisan asas yg perlu sebelum kita nk lepa lapisan pebble ini. mengikut pada pengalaman tuan, dengan keluasan seperti ini ada kah ia berpotensi utk retak seribu? dan jika ia, perlukah sy membahagi2 keluasan nya dgn meletakkan border. terima kasih tuan
ReplyDelete1.Selepas 'excavation' pasang dulu 'hardcore' setebal 150mm dan 'compact'kan
ReplyDelete2. kemudian pasang 'lean concrete' atas 'hardcore'
3. Pasang besi BRC Saiz A10
4 Pasang 'formwork'
5.Sediakan lubang untuk ;expansion joints'
6,Pasang 'concrete'
7.Pasang 'screed' mengikut jadual pasang 'pebbles'
Nota: Retak seribu terjadi sebab pebbles dipasang diatas 'screed'; yang sudah kering atau 'cured'. jadi pasang 'screed' 'portion by portion'mengikut keupayaan pasang 'pebbles'
Plan nak buat partition di dapur untuk mengelakkan bau kerana saya membela 5 ekor kucing. Bagaimana cara yg betul untuk membuat base/dasar batu sebelum dipasang partition?
ReplyDeleteSaya bercadang untuk membuat sendiri.
Harap dapat jawapan dengan kadar yg segera.
Terima kasih.
To Anonymous,
ReplyDeletePartition anda dengan kawasan kediaman dan dapur hendak lah kedap udara. Kawasan peliharaan kucing hendaklah mempunyai ventilation yang baik. Lantai simen anda perlu dipasang 'hardcore' sekurang kurangnya 150mm.
Apakah fungsi hardcore dbawah lantai? Bolehkah terus membuat lantai tanpa hardcore dan tanah telah dmampatkan?
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSalam, Slamat hari raya...puas cari org yg mmg pakar pasang pebble wash nie...ader ke yg agrobio kenal saper yg pandai pasang pebble wash nie yg bleh dtg ke are Sg Buloh? TQ
ReplyDeleteEn Wawo,
ReplyDeleteHantar alamat E mail tuan ke e mail saya seperti tertera diatas dan saya akan beri no telefon pemasang pebble wash professional
Salam...saya ingin bantuan dr pihak tuan, masalah saya kontraktor yg buat rumah saya maklum tahu pasang pable, tapi lepas pasang tak menjadi n then dia simen balik n buat lagi skali pun tak jadi gak, lantai dah jd tebal, saya pun dah tension, duit dah abis keluar, hope pihak tuan boleh bantu saya..-hadi 0129272614 one_sh24@yahoo.com
ReplyDeleteJangan bagi kontraktor yang sama mencuba lagi, Pebble wash kerja professional. Lain kali kerja pebble wash keluarkan dari skop kontaraktor tuan sekiranya kontraktor tidak ada pengalaman. Lain kali pergi tengok kerja dia yang sudah siap sebelum dilantik.
ReplyDeleteTuan dinasihatkan untuk 'demolish' kerja yang tidak jadi dan buat semula.
From hadi....
ReplyDeleteTq atas nasihat..tp demolish tu means??? Adakah yg dimaksudkan hacking semula ke??? Tuan ada kenalan yg boleh pasang pable di area jln kuching(sri putramas)?? Tq lg sekali atas nasihat...
Demolish maksudnya di hack balik, tuan boleh telefon pemasang pebblewash di kuala Lumpur, kami panggil dia Pak Cik tel 012 9327960, kalau kerja agak besar dia juga boleh ambil kerja diluar Kuala lumpur
Deletesalam...saya ingin minta bantuan tuan berkenaan pebble stone besar, saya nak tampal pebble stone guna batu sungai, harga rm270selori, masalahnya nak tampal pada jaring-jaring halus dahulu,lepas tu tampal pada dinding, kemudian baru sapu simen putih, tapi kat mana boleh dapat jaring-jaring tu dan gam jenis apa, lagi satu gam nak sapu pada dinding guna gam apa, dan nak buat batu berkilat guna apa, tolong bantu saya sebab budget rendah, nak buat DIY..
ReplyDeleteTo Anonymous,
ReplyDeleteAnda boleh guna campuran simen biasa dan simen gam dan jaring ada jual dikedai hardware
salam, nak minta tuan perkenalkan kontraktor untuk pebble wash di seremban. urgent sebab nak siap dalam bulan disember. boleh hubungi saya di email stooing@gmail.com. tq
ReplyDeletesalam..kalau saya guna gam/adhesive yg diguna utk pasang tiles boleh x?
ReplyDeletecaranya..sapu gam pada permukaan..lepas tu taburkan pebble wash...
salam.. saya khairul , saya nak tanya jika kita nak pasang pebble wash dua warna yang berlainan bagaimana caranya..
ReplyDeleteDemolish maksudnya di hack balik, tuan boleh telefon pemasang pebblewash di kuala Lumpur, kami panggil dia Pak Cik tel 012 9327960, kalau kerja agak besar dia juga boleh ambil kerja diluar Kuala lumpur
ReplyDeleteBatu sungai yang agak besar sekiranya hendak dilekatkan pada dinding, guna simen gam atau adhesive cement.
ReplyDeleteTo En Khairul,
ReplyDeleteBorder kan kawasan untuk kawasan batu berlainan warna menggunakan kayu saiz sangat halus yang mudah dibentuk
Salam..saya ingin mengetahui cara plaster pebble pada tiang porch menggunakan pebble yang telah di beli siap di bancuh dengan gam dalam tong besar(25kg).Adakah cara tekap menggunakan tangan sesuai sebelum di licinkann guna alat untuk plaster?minta nasihat...TQ
ReplyDeletesalam boleh bg no contact pemasang pro pebble wash yg en kenal,email sy azruljohan@yahoo.com.my
ReplyDeleteKENA RATAKAN PEBBLES (SELEPAS 20 MINIT) GUNA ALAT APA YE YG TERBAIK? TAK RUNTUH KE? (IN CASE PLASTER DI DINDING)
ReplyDeleteGuna roller
DeleteSalam,
ReplyDeleteAda pemasang pebbles ni di Temerloh?
Miza
Dikuantan ada 0139506472 Siva
Deletesalam, saya faizal, saya nak tanye, bagaimana cara yang terbaik serta chemical yang bersesuaian untuk hilangkan kesan lumut yang dah melekat pada lantai pebble wash?. kadang-kadang saya guna water jet dan menyebabkan batu-batu kecil tu tertanggal. pastu boleh ke touch up dengan menampal pebble wash pada tempat-tempat yang tertanggal atau kena pecahkan semula dan buat lapisan yang baru.?
ReplyDeleteBiasanya kawasan yang rosak di 'grind' dan dipasang semula
Deletesalam... nak tanya biasanya berapa upah yg dikenakan utk pasang pebble wash di tembok kiri dan kanan pagar rumah saiz biasa... ada smpai RM700 ke utk 2 tembok tu? atau ianya mengikut keluasan???
ReplyDeleteUntuk kerja kechil atau sikit biasanya dikira lump sum
DeleteSalam,,,, saya nak tukar color pebbles di dinding tangga hadapan rumah saya. Mohon nasihat pae yang perlu saya lakukan. Boleh ke saya guna colour coating berwarna gelap yang sesuai seperti acrilate sealer atau coating. Dimana boleh saya perolehi colour coating tersebut. Seperkara lagi bagaimane nak licinkan bucu tangga pebbles. Masalah besar yang perlu saya tangani sekarang. Mungkin saya perlu hack je pebbles n.ke dan ganti dgn tile utk bahagian tangga.... Bahagian lantai ok dan cantik.... Yang memerlukan bantuan dan pendapat dlm mase terdekat... TK
ReplyDeleteSalam,
Deletesetakat yang saya tahu semua acrylic paint berwarna cerah, tuan mungkin boleh cuba campur sedikit pewarna tiruan pada cat tersebut,untuk bucu tannga yang tajam, tuan tiada pilihan lain kecuali 'hack' sebahagian kecil dan buat semula. Biasanya 'edges' tajam kami bulatkan sedikit sebelum pasang 'pebbles'
Salam, Di mana nak beli batu pebble dalam beg 25kg? boleh tuan share tak? saya di kawasan tg karang, sel.
ReplyDeleteSalam,
DeleteTuan boleh beli batu pebble di sungai Buluh dan Jalan Airport lama dekat RRI
WHY AFTER INSTALL THE PEBBLE SOME AREA BECOME DARKER TONE?
ReplyDeleteDarker tone patches due to uneven washing, darker patches are alayer of thin cement on your pebbles.
DeleteSalam,
ReplyDeleteMacam mana cara nak mengunakan stone selaer ke atas pebbles yang sudah di pasang? perlu tambah air atau 100% sealent?
100% sealant dan sekiranya terlalu pekat tambah thinner. Sealant untuk kawasan terdedah pada matahari perlu ada anti UV
DeleteAssalamualaikum saya nak cari orang pasang pebbles wash di pulau pinang
ReplyDeleteAnda cuba call 012b9327960
DeleteAssalamualaikum.... Kos pemasangan (termasuk materials) pebble wash utk area Kuala Lumpur berapa sekaki persegi???(anggaran kasar)
ReplyDeleteSekian terima kasih
Anda boleh berhubung dengan Ah Huat 017 30629222
ReplyDeleteAssalam...moga Allah berkati usaha tuan atas ilmu yg dikongsikan..sekurang-kurangnya dapatlah saya try n error pemasangan peeble wash nie
ReplyDeletefaried
tumpang tanya, boleh tak pebble wash ni di pasang di atas mozek? atau kena ketuk dan buang dulu mozek sebelum dipasang pebble wash?
ReplyDeleteYang terbaik, ketuk dulu mosek, anda juga boleh keuk secara random dan sapukan selapis air simen gam pekat.
DeleteSekarang terdapat acrylic gum yang boleh dicampur dengan pebble dan boleh dipasang atas apa juga permukaan.
ReplyDeleteoh begitu, tima kasih.. lega rasanya x payah ketuk mozek dulu.. bukan apa, kontraktor rumah saya tersilap pasang mozek tangga yg warnanya x cantik.. kalau nak tukar kena ketuk dulu, rasa mcm rugi plk.. upah ketuk pun sama mahal dgn pasang je.. tu yang rasa nak tindan dgn pebble wash tu..
ReplyDeleteSalam sy razif , nk tnya kalau sy telah pecahkan lantai licin yg sedia ada untuk tujuan melevel semula (sbb terlalu tebal hingga sentuh bawah grill ) , perlukah sy mengenakan hard concrete semula atau hny trus render se belum letak pebble mix. Sy hnya pecahkan sikit sahaja permukaan lantai asal
ReplyDeletePecahkan sahaja lantai lama,kerja rendering serahkan saja pada pemasang, anda cuma beri tahu finish level yang dikehendaki.
Deleteasm...
ReplyDeletemencari supplier dan pemasang. ada contact di kota bharu?
Eastsone disebelah kanan ke pengkalan chepa ada menjual batu dan mereka ada contact person untuk pasang pebble wash.
Deletesalam, bleh saya tahu consruction of planter box? jika planter box di atas tanah, perlukah di semen on base atau cukup sekadar letak batu batu di kiri kanan je? dan macam mane dengan saliran air keluar.....harap, dapat membantu, ini email saya jika dapat membantu. ruff_isabella@yahoo.com
ReplyDeleteTQ
Untuk planter box atas tanah, masukan batu saiz 3/4 inci dulu satu lapis, kemudian satu lapis pasir dan penuhkan dengan tanah yang dicampur pasir supaya air tidak bertakung
DeleteTq.info berguna
ReplyDeletesalam tuan..kalau kita nk pasang pebble wash pada dinding yg dah siap, kita perlu plaster baru ke pada dinding baru boleh pasang pebble wash..? thanks.
ReplyDeleteSapukan air simen gam pekat sebelum pasang pebble
Deletesalam, saya nak cari pembekal dan kontraktor untuk pemasangan Pebble Wash di Labuan. Terima kasih.
ReplyDeleteCari kedai jual batu di Labuan, biasanya mereka ada contact untuk pemasang pebble wash
Deletesalam.. saya nak cari pembekal pebble wash area kuala terengganu.. terima kasih
ReplyDeleteCari kedai jual batu di Kuala Terengganu, biasanya mereka ada contact untuk pemasang pebble wash
Deletesalam, saya nak cari pembekal dan kontraktor untuk pemasangan Pebble Wash di Melaka... Terima kasih.
ReplyDeleteCari kedai jual batu di Melaka, biasanya mereka ada contact untuk pemasang pebble wash
Deletesalam, saya student, saya nak taw harga pebble wash stone yg biasa 5mm kot yg kecik skli, pastu sy nk taw harga untuk sulphuric acid, pastu brapa byk kne gune utk 1m2...
ReplyDeletesaya nak estimation...
tq ..
Pebble ada banyak jenis dan range harga RM 15 hingga rm35 untuk satu bag 25 kg. Asid sulfuric pula satu botol 4 liter berharga dalam rm18 boleh digunakan untuk 10 meter persegi
DeleteSalam tuan, kalo nak wat car porch guna pebbles wash ni.boleh ke saya just tampal pebble wash ni atas base cement / concrete yang sedia ada. Takut nanti bila bawa masuk kereta habis pecah.
ReplyDeleteBasahkan base dan sapukan satu lapis simen gam macam nak pasang jubin, lepas itu pasang pebble yang telah dibancuh dengan simen.
DeleteI ade pebble extra 10 packet nak jual
ReplyDeleteputih + Kelabu
Kelas gitu
Jual murah contact I
clementhoh@gmail.com
incik no di kl tak buleh nak contact
ReplyDeleteincik no di kl tak buleh nak contact
ReplyDeleteTel Ah Huat 01730629222
DeleteTel Ah Huat 01730629222
ReplyDeleteSaya nak bertanya, selain mengunakan simen boleh ke kita gunakan gam dan bancuh dengan pebble lepas tu ratakan di tempat yg ingn kita letak pebble? Apakah nama gam itu.
ReplyDeleteTuan boleh guna gam jenis floor epoxy, harganya agak mahal, RM150.00 untuk satu beg batu
Deletesalam tuan...sya upah indonesia untuk buat kolam ikan.masalah sya bhagian yg menggunakan pebblewash nampak byk simen daripada pebblewash.apakah langkah yg perlu sya lakukan supaya ia kelihatan byk pebble wash.
ReplyDeleteSalah bancuhan buat simen nampak lagi banyak dari batu pebble.
Deletesalam.,..saya beli suzuka trowle stone......ingat nk pasang di tembok gate......sekali dh bancuh......apply pada permukaan dia tak mau melekat......habis jatuh gugur semua........
ReplyDeleteEn Pian, dinding tembok licin sangat atau tidak dibersihkan betul betul dan berdebu
DeleteRumah sya baru siap di pasang pebble wash.masalhnya org yg membuat pebble wah tu x pndai..dh la byk simen dari batu,lepas tu npk bertompok2.sya pun x phm kenapa diorg menyapu pewarna pd batu tu seblm di sapu pengilatnya..nak bising pun sakit hati jer.jadi buruk porch,beranda n bilik air sya..di sebabkn kenduri sudah hampir,jd kitaorg ambik jln singkat utk sementara dgn memvarnishkn keseluruhannya dgn varnish kayu warna coklat..tp bila selalu kena air,varnish tu tertanggal..ada x sebarang chemical atau asid yg blh sya gunakn utk buang semua varnish tu..dimana blh sya dptkn? Terima kasih.
ReplyDeleteVarnish boleh di bersihkan guna thinner, tetapi batu mungkin ada permukaan kasar yang boleh membuat kerja kerja pembersih sedikit sukar. Dapatkan pemasang pebblewash professional.
DeleteSaya tadi dalam proses hendak menjawab comment dari Aishah, terpadam kerana salah tekan. Cara yang terbaik untuk keluarkan sealant ialah dengan mengunakan thinner. tompok2 terjadi sebab simen tidak dibancuh dengan betul dan tidak sebati.
ReplyDeleteTerima kasih atas jawapan yg diberikan.
DeleteBagus2,..bnyak info...nak try pabble mix dgn simen je..then pkai sealant..tak crack kot..harap2 la coz dlm umah..
ReplyDeleteKalau mixture betul. tak crack
DeleteSaya br nk try gn pabble kt bilik air, ade tanye kt kedai jenis pabble yg dgn gam tu harga dlm 200 lbh utk 20kg mhl ke or ok harga tu?
ReplyDeleteBiasa dalam RM180.00. Tidak recommend untuk outdoor. Tidak tahan dan jadi kelabu (faded)
DeleteAslmkm...Pehhh...!!! Hebat tuan admin ni.Tahniah atas keikhlasan tuan.Saya rasa disini ada info lengkap untuk DIY berkaitan.Sy tengah kumpul info mcm mna nak install pebble wash.Jutaan trm kash atas info yang dikongsikan.
ReplyDeleteSoalan... 1. Ada beza ke pebble wash dgn pebble dash?
2. Pasir sungai kasar setelah ditapis mengambil saiz yang dikehendaki,boleh ke digunakan sebagai pebble? Admin prnh terfikir&buat?
Basir,
Perak
1. Pebblewash- Pebble di campur simen dan di tampal macam plaster dan di cuci. Pebble dash paster pekat tanpa pasir diplaster dan pebble disimbah supaya melekat, kemudian ditekan dengan trowel.
Delete2/ Batu sungai yang digredkan boleh digunakan untuk pebblewash atau pebbledash.
tq
Deletesaya nk mix pebble wash dgn simen, saya nak buat kat bilik air, persoalannya, saya boleh ke siapkan keseluruhan lantai bilik air tu lepas tu baru bersihkan, or saya kene buat skit2?
ReplyDeleteKena buat mengikut kemanpuan untuk siapkan dan kawasan kerja tidak menghalang. Elok buat sikit sikit
ReplyDeletesalam semua.saya nak tanya kat mana boleh dapatkan stamp imprint area perak? minta bantuan.
ReplyDeletesaya bru lepas buat pabble wash untuk garage kereta masalah yang saya hadapi ialah saya buat sedikit2 dan apabila siap keseluruhan terdapat line atau perbezaan antara line yang pertama dan kemudian ada cara untuk selesaikan masalah ini tak? Ke pabble wash ni kena buat sekaligus tak boleh sedikit2
ReplyDeleteSaya ada melihat di you tube pabble wash installation menggunakan epoxy dan hardener, dimana boleh kite dapatkan epoxy dan hardener seperti berikut? Mahal x?
ReplyDeleteBoleh x pabble wash installation ni kite buat satu layer lagi diatas pabble wash yang dah kering
ReplyDeletesalam tuan....
ReplyDeletesaya nak buat pebble wash kt dinding pagar rumah yg dah siap cat...bagaimana cara nye....? apa nasihat tuan kalau saya pakai pebble yg dah siap bancuh...? kalau nak bancuh sendiri apa sukatannye....? harap tuan dapat membantu....
Sy yg call tuan pd 34 malm yg lalu....tq verymuch
ReplyDeleteYou are welcome
DeletePemasang pebblewash di Kota Bharu:
ReplyDeleteEn. Zainal : 013-9294464
En Hakim: 019-9022856
thank you mr.mohd....
ReplyDeletesgt membantu :)
fazilah- megavillage temerloh
Assalamualaikum tuan, saya nak tanye skit. jika kerja pebblewash dibuat dalam masa 2 hari, sambungan pebblewash perlu letak ape2 x untuk kerja keesokan harinye?
ReplyDeleteBiasanya penyambung buat pebblewash tak cantik. Ada beberapa cara. 1. Selepas selesai 'cut back" guna kayu sebagai pembaris dalam setengah inci. 2. Buat permernant grove sebagai petak, size satu satu petak mengikut kemamuan. 3. Pasang metal strip divider
DeleteTerima kasih tuan rumah kerana info yang sangat berguna & mudah2an ia menjadi saham akhirat tuan. Sebenarnya dah lama saya mencari info seumpama ini & akhirnya dipertemukan di sini.
ReplyDeleteSelamat berpuasa dan berhari raya. Izinkan saya amalkan ilmu yg tuan perturunkan ini.
Sama sama, terima kaseh.
Deletehi, pebble wash ni boleh leakt pada permukaan lantai yang sudah ada tile tak? blh guna gam sahaja?
ReplyDeleteUntuk kerja terbaik, keluarkan tile dulu.
Deletesalam..
ReplyDeletekontraktor saya ada wat kije ni..
tapi ada melekat cat weather bond n wall seller paint ketika mereka mengecat dinding luar rumah. puas gosok n cuci guna asid.. ttp ssh hilang. nak baut mcm mane yea?? sy blum cat kilat lg kerana risau cat yg melekat tu mmburukn pemandangan. tq
cuba bersihkan dengan mengunakan 'thinner'
ReplyDeleteAs Salam,..kadar campuran siemn dan batu yang dimaklumkan atr 0.5-0.7 simen : 1 batu , boleh explain sikit..kalau 25 kg pebble adakah bermaksud 12.5 kg simen klau guar kadar 0.5 ..tq
ReplyDelete