Tuesday, March 30, 2010

BELIMBING TANAH/ OXALIS BARRELIERI


OXALIS BARRELIERI –MEDICINAL WEEDS TO TREAT HIGH BLOOD PRESSURE
BELIMBING TANAH-RUMPAI LIAR UNTUK UBATI DARAH TINGGI

Botanical name/Nama sains: Oxalis barrelieri
Common name/nama biasa: Belimbing tanah : Belimbing bukit
Family/Famili :Oxalidaceae
Origin/asal: All Tropical Countries /Semua Negara topika
Plant height/Ketinggian pokok: 500mm

Facts about the plant/fakta pokok ini
  • Consider as weeds in Malaysia/ Rumpai liar di Malaysia
  • Very small fruits , shape and taste like star fruits (Averrhoa carambola) /(Buahnya berbentuk dan rasa macam buah belimbing (Averrhoa carambola)
  • Fruits eaten fresh to treat high blood pressure/ buah dimakan untuk ubati darah tinggi
  • People always confused this plant with Tacca spp which is also known as ‘Belimbing tanah’/ Orang selalu keliru pokok ini dengan pokok ‘Tacca spp’ yang juga di panggil Belimbing tanah atau janggut adam

Medical use/ khasiat perubatan
  • High blood pressure/ darah tinggi
  • Piles/buasir
  • Diabetes/kencing manis.
  • Kidney ailment/ sakit buah pinggang,
  • Heart problems/ lemah jantung
  • In China Oxalis corniculata are use to treat fever, Hepatitis, enteritis, urinary tract infections, neurasthemia, hypertension.

Erosion control/ Mencegah hakisan
  • Encourage to grow on slope to check erosion

Chemical contents/Kandungan kimia
  • Pottasium oxalate acid


Notes/catitan;-
There are more articles listed at the top right column ,listed on the following headings/terdapat banyak lagi artikel disenarai di ruangan kanan/atas dibawah tajuk berikut:-
• Tips on landscape.
• Tips on herbal plants,
• Tips on agriculture
• General tips .

Rujukan

I I.H.Burkill- A Dictionary of Economic Product of Peninsula Malaysia
Dr. Cheung Siu Cheung- Chinese Medicinal herbs Of Hong Kong Vol. 2(Oxalis corniculata)





BAGAIMANA HENDAK JADI TINGGI / HOW TO BE TALLER

MAKANAN YANG PERLU DIMAKAN UNTUK JADI TINGGI.
TABIAT TIDUR JUGA MENENTUKAN KETINGGIAN KITA.

TABIAT ONANI, MEROKOK, AMBIL DADAH, MINUM ARAK AKAN BUAT KITA TERBANTUT

Saya menulis artikel ini yang lari sedikit dari subjek berkenaan blog kami disebabkan berikut:-
  • Berkongsi pengetahuan mengenai cara untuk menjadi lebih tinggi dan mengelak tabiat yang menyebabkan kita terbantut dan tidak menjadi tinggi
  • Risau dengan budak budak sekarang yang pendek pendek

Ketinggian adalah penting disebab perkara seperti berikut:-
  • Menambah keyakinan diri
  • Senang dapat kerja
  • Tidak mudah dibuli
  • Lebih dihormati
  • Wanita lebih suka lelaki tinggi oleh kerana tinggi menandakan sihat.
  • Kajian stastistik di Australia telah mendapati lelaki yang tingginya lebih dari 6 kaki, purata pendapatan tahunan mereka lebih tinggi A$1,000.00 dari lelaki biasa.


FAKTOR GENETIK

Ada orang mengatakan kita tidak boleh buat apa apa dengan ketinggian kita disebabkan ditentukan oleh genetik atau keturunan . Saya tidak nafikan genetik memainkan peranan penting tetapi faktor lain boleh mengubah peranan genatik. Saya sendiri boleh dikatakan dari keturunan tinggi, datuk saya tingginya lebih dari 6 kaki dan mendapat gelaran ‘Tok Awang Tinggi’. Salah seorang anak saya mengalami alahan susu semasa kecil dan doktor hanya membenarkan dia minum susu berasakan kacang soya setiap hari, ini mennyebabkan dia rendah sedikit dari anak anak saya yang lain. Ini menunjukan bahawa genetik sahaja tidak cukup untuk membuat kita jadi tinggi dan pemakanan juga penting

Orang orang Jepun dan Korea sebelum perang dunia kedua dahulu tidaklah setinggi era selepas perang. Selepas perang dahulu unsur barat termasuk pemakanan telah menyerapi budaya kehidupan orang orang jepun. Dan ini menyebabkan mereka lebih tinggi sekarang.


MAKANAN YANG PERLU DIMAKAN UNTUK JADI LEBIH TINGGI

Pemakanan penting sebab sekiranya badan kita tidak mendapat vitamin dan zat galian yang lain akan menyebabkan kita terbantut:-
  • Makanan yang lebih calcium seperti susu, keju dan yogat adalah penting untuk pembentukan tulang
  • Vitamin D yang boleh di dapati dari sinar matahari, ikan, udang dll.
  • Vitamin A yang tedapat dari susu ,mentega, margerin, hati , telur, lobak merah, ubi keledek, bayam, buah mangga, cili dan lain lain.
  • Protin yang mengandungi amino-acid adalah pemakanan yang sangat penting untuk pembesaran dan menentukan ketinggian kita. Makanan seperti daging, susu, telur, dan semua jenis kacang mempunyai protin yang tinggi.
  • Jangan makan terlalu banyak sekali gus, anda akan jadi gemuk dan bukan tinggi. Makan sedikit , kerap tetapi berkualiti.
  • Jangan makan dan terus tidur, anda akan jadi gemuk dan tidak tinggi.

SENAMAN UNTUK JADI LEBIH TINGGI

  • Senaman jenis ‘stretching’
  • Senaman jenis bergantung

TABIAT DAN GAYA HIDUP YANG PERLU DI ELAK UNTUK JADI TINGGI

  • Tidur lewat dan kurang tidur- Semasa tidur kelenjar ‘pituitary’ mengeluarkan hormone untuk pembesaran . Kita perlu tidur awal dan perlu tidur 8 hingga 10 jam sehari.
  • Onani (masturbation) akan membuat ketinggian terbantut
  • Merokok akan akan membuat ketinggian terbantut
  • Mengambil dadah akan membuat fungsi badan porak peranda dan akan membuat ketinggian terbantut
  • Minum arak (alcohol)
  • Stres dan tekanan hidup pun akan membuat ketinggian terbantut

Notes/catitan;-

There are more articles listed at the top right column ,listed on the following headings/terdapat banyak lagi artikel disenarai di ruangan kanan/atas dibawah tajuk berikut:-
• Tips on landscape.
• Tips on herbal plants,
• Tips on agriculture
• General tips .





Sunday, March 28, 2010

BIO/ECOLOGY FILTER POND CONSTRUCTION/ PEMBINAAN KOLAM PENAPIS BIO/EKOLOJI

We had received comments in our ‘Options on treating and maintaining fish pond' blog regarding the construction of bio/ecology filter pond. I hope the following drawings and explanations will make it easier to be understood. Please regard this blog as an extension to the above mentioned blog.

OPTION NO.1- FIXED SECOND FLOOR WITH PRE-CAST REINFORCED CONCRETE (RC) SLAB MAN HOLE COVER







  • Lantai kedua dibina selepas semua dinding dan lantai kolam di'water proof' sebanyak dua lapis.
  • Second floor is construted after all the internal wall and floor of the pool has been applied with 2 coats ofwater proofing










OPTION NO. 2- REMOVABLE SECOND FLOOR PRE-CAST REINFORCED CONCRETE (RC) SLAB








CAGE FOR PUMP/SANGKAR UNTUK PAM
  • You can choose from many materials available in the market. Below is an example of a material can be used, cut it into square or rectangular panels and joint it with cable tie.
  • Banyak bahan yang anda boleh pakai untuk buat sangkar pam, salah satu ialah kepingan penapis plastik kasar seperti gambar di bawah, potongkan jadi kepingan empat segi dan cantumkan guna 'cable tie'.
Close-up view of plastic fiber filter sheet for pump cage



PIPING/PAIP
  • Many DIY pond owner had made fatal mistake by fixing pipes of the wrong size for their fish/landscape pond.
  • Some people provides same size of pipe ; for the pump and for gravity flow from main pond back to filter pond/chamber.
  • Please remember that for 32mm powered pipe it takes at least 100mm pipe on gravity flow to channel the water back to the filter pond.
  • Ada juga tuan rumah DIY yang telah pasang saiz paip yang salah.
  • Sekiranya paip dari pam saiznya 32mm, paip untuk untuk air mengalir dengan kaedah gravity balik ke kolam penapis sekurang kurangnya 100mm.
There are more articles listed at the top right column ,listed on the following headings/terdapat banyak lagi artikel disenarai di ruangan kanan/atas dibawah tajuk berikut:-
  • Tips on landscape. There are another 5 articles on fish pond systems and constructions. Terdapat 5 lagi artikel mengenai sistem kolam ikan dan cara membinanya.
  • Tips on herbal plants,
  • Tips on agriculture
  • General tips .







Friday, March 26, 2010

HOW TO MAKE POOL WATER LOOKS RUNNING AND WITH WATER CURRENT/ MACAM MANA HENDAK BUAT AIR KOLAM ANDA MACAM MENGALIR DAN ADA ARUS

Advantages of moving water/ Kelebihan air kolam yang mengalir dan ada arus:
  • Fish like ‘kelah’, ‘sebarau’ that thrives in fast moving water can be reared / Ikan air deras seperti kelah , sebarau dan lain lain boleh dibela
  • Your pool will be an active pool/ Kolam anda akan menjadi lebih aktif
  • Your pool will be more attractive and interesting/ Kolam anda akan menjadi lebih menarik
  • Water from every part of your pool will be filtered and no more pocket of water miss by the pump/ Air dari semua bahagian kolam dapat di tapis sebab selalunya ada sahaja bahagian kolam tertinggal oleh arus pam.

Planning on the location of waterjet/ Merancang lokasi 'water jet'

Location of water pump is essential to ensure/ lokasi ‘water jet’ sangat penting untuk pastikan:-
  • No cancellation effects on water current between pumps/Arus yang berlawanan tidak akan memberi kesan yang tidak dikehendaki, arus dari satu 'water jet' mematikan arus 'water jet' yang lain.
  • No clash in water current / Tiada bertembungan arus
  • Water current reach every portion of your pool/ Arus air meliputi kesemua bahagian kolam

STOP COCK

  • All water pipe to each water jet must be provided with stop cock.
  • The function of the stop cocks are to adjust the amount of waterflow to each jet nozzle.
  • If stop cocks are not provided then you will find some nozzle shoot less water because pipes to the the water jet nozzle is of different length , thus pressure in those pipes varies and those stop cocks is to adjust pressure to each water jet.


'STOP COCK'

  • Semua paip ke 'water jet ' perlu dilengkapkan dengan 'stop cock' untuk mengawal aliran air ke setiap 'water jet'.
  • Sekiranya 'stop cock' tidak dipasang anda akan dapati ada 'water jet' yang aliran airnya tidak cukup kuat, ini terjadi disebabkan paip ke 'water jet' tersebut jauh sedikit dan membuatnya mempunyai tekanan yang lebih tinggi.
  • fungsi 'stop cock' ialah untuk mengawal tembakan air untuk semua 'water jet'







Notes/catitan;-

There are more articles listed at the top right column ,listed on the following headings/terdapat banyak lagi artikel disenarai di ruangan kanan/atas dibawah tajuk berikut:-

* Tips on landscape. Another 4 article fish pond systems and constructions. Terdapat 4 lagi artikel mengenai sistem kolam ikan dan cara membinanya.
* Tips on herbal plants,
* Tips on agriculture
* General tips .









Thursday, March 25, 2010

NILAM/ PATCHOULI/ PONGOSTEMON CABLIN /INSECT REPELLANT PLANT/ POKOK PENGHINDAR SERANGGA

NILAM/ PATCHOULI/ PONGOSTEMON CABLIN


POKOK SABUN ZAMAN SILAM/SOAP PLANT OF OLD DAYS

Botanical name/Nama sains: Pongostemon cablin
Common name/nama biasa: Nilam, Patchouli, dilem, remi, kawini, pisak, ugapa
Family/ famili: Labiatae
Type of plants/ jenis pokok: Shrubs/ pokok sesemak
Origin/ Negara asal: Malaysia, and Southern Asian Countries
Plant height/ ketinggian pokok: 700-800mm

Facts about the plant/ fakta mengenai pokok nilam:-

Soap substitute plants-./Pengganti sabun

  • During the old days before soap was introduced, most South East Asian put crushed leaves of Nilam/Patchouli in their bucket/ water trough for bathing and washing their cloth.
  • Sebelum ada sabun daun pokok yang telah ditumbuk atau diramas dimasukan kedalam air mandian dan untuk cuci pakaian.

Insect repellant plants / Penghindar serangga

  • Nilam/patchouli plants were planted around houses to repel insect including mosquitoes:
  • Pokok Nilam ditanam disekeliling rumah untuk menghindar serangga termasuk nyamuk.

Now extensively cultivated in/ Sekarang di tanam secara meluas di

  • Malaysia, Caribbean, China, India. Thailand, Mauritius, Philippines, West Africa, Vietnam

Strong Scent / Bau yang kuat

  • Scent can induce relaxation

Planted in plantation for essential oil /Ditanam diladang untuk dijadikan minyak atsiri

  • Oil contents 2.5 to 5%
  • Kadar kandungan minyak 2.5 hingga 5%

Treatment of cloth for storage/rawatan untuk simpan kain

  • In old days cloth for storage are soaked in Nilam/patchouli water and dried for storage, no insect will come near it.
  • Pada zaman dahulu kain yang hendak disimpan terlebih dahulu direndam didalam air Nilam/ Patchouli dan dikeringkan.

Medicinal uses

  • The Malays make decoction of the roots for Dropsy/ Air rebusan akar untuk sembab
  • Leaves are made into poultice to treat boils, head-ache , jaundice and bilious fever/ Daun ditumbuk untuk kulit bernanah/bisul, sakit kepala, sakit kuning dan demam panas serta muntah muntah
  • In Sri Lanka , powdered leaves use as sternutator: (a chemical substance that causes sneezing and coughing and crying);/. Di Sri Langka debu dari daun dibuat ubat penggalak bersin.
  • Chinese medicine uses the herb to treat headaches, colds, sore throat, nausea, diarrhea, and snake bites skin ulcer, eczema, abdominal pain/ Di gunakan didalam perubatan china untuk sakit kepala,selsema, muntah muntah, gigitan ular, kudis, sakit kulit kerana alahan, cirit birit dan sakit perut.( Pongostemon auricularius)
  • Aromatherapy oil/ Minyak untuk aromaterapi.

Use in Perfumery Industry

  • Popular component in Perfume for men/Komponen kegemaran untuk Minyak wangi lelaki.
  • Soap/sabun
  • Cream/krim
  • Hair conditioner/ kondisioner rambut
  • Perfumed tissue paper/Kertas tisu wangi
  • Air freshener/ Pewangi udara

Chemical content (aroma profile)/Kandungan kimia (frofil aroma)

  • Germacrene
  • Patchoulo
  • Norpatchoulenol
  • Patchouli Alkohol
  • Patchouli camphor
  • Eugenol
  • Benzaldehyde
  • Cinnamic aldehyde
  • Cardinene


Notes/catitan;-

There are more articles listed at the top right column ,listed on the following headings/terdapat banyak lagi artikel disenarai di ruangan kanan/atas dibawah tajuk berikut:-

* Tips on landscape.
* Tips on herbal plants,
* Tips on agriculture
* General tips .

Reference

Wiki

I.H.Burkill- A dictionary of the Economic Products of the peninsula Malaysia

Ir. Hieronymus Budi Santoso- Bertanam Nilam

Alvins ex Ridley in Journal Roy.As. Soc.Straits Branch, 50,1901

Dr. Cheung Siu Cheung- Chinese Medicinal herbs Of Hong Kong Vol. 4





Wednesday, March 24, 2010

KHASIAT POKOK MAMBU/ NEEM/ MARGOSA/ AZADIRACHTA INDICA/ MELIA INDICA/ MELIA AZADIRACHTA


To translate to other languages please click on the flag topmost right.

POKOK ANTI SERANGGA SEMULAJADI
NATURAL ORGANIC INSECTICIDE TREE

Nama sains: Azadirachta indica Syn. Melia Azadiracta, Antelaea azadirachta, Melia indica
Nama biasa: Mambu, neem, nim, margosa, sadu, sadao, dao, repe, imba, mamba, mimba intaran
Famili: Meliaceae (satu keluarga dengan pokok Mahogani/ Swietenia mahagoni dan Sentang/Azadirachta excelsea)

Negara asal: Malaysia, Indonesia, India, Myammar, Bangladesh, Sri Lanka, and Pakistan

Ketinggian pokok: 15-20 meter

Buah
  • • Sangat beracun
Fakta mengenai pokok ini
  • Pokok ini cepat membesar
  • Hidup di Negara beriklim Tropika dan separa tropika
  • Namanya di Afrika (Swahili) bermakna ‘pokok 40’ ianya dikatakan boleh menyembuhkan 40 jenis penyakit.
  • Di India, pokok ini dikenali dengan bermacam macam nama seperti,’Pokok sakti’, ‘Sembuh segala penyakit’, ‘Kedai ubat alam’,’ Ubat untuk segala penyakit’ dll.
  • Pokok ini tahan kemarau dan boleh hidup ditempat yang kurang air/ kering atau tanah berpasir.
  • Di India ranting pokok ini dikunyah untuk bersihkan gigi.
  • Di Senegal pokok ini telah digunakan sebagai ubat malaria dengan berkesan
  • Di kepulauan Pacifik daun mambu/neem dibuang ke laut, katanya ikan suka bertelur pada daun pokok ini.
  • Orang orang India tahu macam mana untuk mengatasi racun pokok ini.

Kegunaan sebagai makanan
  • Bunga di masukkan kedalam masakan kari
  • Di India, bunga pokok mambu/neem dan gula merah dibuat gula gula.
  • Pucuk muda dan bunga pokok ini dijadikan sayur di India., Vietnam dan Myammar

Khasiat perubatan
  • Daun , buah,, bunga dan kulit pokok digunakan untuk perubatan
  • Daun mambu dan halia untuk ubat cacing/vermifuge (Anthelmintic)
  • Atikulat(antifungal),
  • Ubat kencing manis (antidiabetic)
  • Anti-kuman/bacteria ( antibacterial)
  • Anti –virus ( antiviral),
  • Anti kesuburan /membunuh mani (anti-fertility,)
  • Ubat tahan sakit (Sedative)
  • Digunakan didalam perubatan ‘Ayurvedic’ untuk penyakit kulit.
  • Ubat jerawat (acne treatment)
  • Pesakit cacar atau campak (smallpox /measles) tidur diatas daun mambu/neem.
  • Turunkan suhu badan (Febrifuge/antipyretics)Di India akar pokok ini digunakan untuk ubati demam panas.
  • Ubat sakit ‘scabies”
  • Astringent
  • Daun untuk ubati kudis
  • Mengikut dos yang betul daun mambu/neem diberi kepada haiwan ternakan untuk ketahanan melawan penyakit. (Increase immunity)
Kegunaan dalam industri sabun dan wangian
  • Minyak mambu/neem untuk perbuatan sabun, shampoo, krim, dll.
  • Minyak mambu/neem membuat kulit bergetah (elastic)
Anti serangga/ racun serangga organik (Organic Pest control)
  • Minyak mambu/neem menghidar dari gigitan nyamuk
  • Boleh menghindar/membunuh lebih dari 500 jenis serangga,kutu, nematodes, ianya akan menghindai serangga, kalau serangga memakan racun serangga dari mamu/neem ianya tidak membunuh serangga itu sebaliknya akan merusakkan generasi(kepompong) serangga itu.
  • Berbanding dengan racun kimia, mambu/neem neem selamat dan tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang kepada manusia dan haiwan
  • Daun digunakan untuk hapuskan kutu rambut.manusia, kucing dan anjing.
  • Asap dari pembakaran daun mambu pun boleh membunuh seragga
  • Untuk membuat racun serangga anda cuma perlu ‘blend ‘ daun mambu/neem dengan cili api dan bawang putih. Tidak seperti racun kimia, ramuan ini anda boleh pegang dengan tangan (jangan diminum).
Kegunaan sebagai baja:
  • Daun pokok ini kaya dengan ‘potash’ dan’phophorus’ dan boleh dibuat baja.
Kegunaan landskap
  • Pokok teduhan/ teduhan yang luas
  • Tempat kurang hujan
  • Pokok tepi jalan (roadside planting)
  • Tanah berpasir
  • Tepi laut
Kandungan kimia
Saintis Pakistan ,Salimuzzaman Siddiqui pada tahun 1942 telah menemui bahan kimia pahit dari pokok mambu:-
1. Nimbin (dari minyak)
2. Nimbidin(dari minyak)
3. Nimbinin(dari minyak)
4. Azadirachtin(/dari biji)

AMARAN
Boleh dikatakan kebanyakkan bahagian pokok mambu/neem adalah beracun ; rujuk kepada pakar perubatan tradisional sebelum mengunakannya.

Notes/catitan;-

There are more articles listed at the top right column ,listed on the following headings/terdapat banyak lagi artikel disenarai di ruangan kanan/atas dibawah tajuk berikut:-
• Tips on landscape.
• Tips on herbal plants,
• Tips on agriculture
• General tips .

Rujukan
Wikipedia
I.H.Burkill- A Dictionary of the Economic products of the Peninsula Malaysia
Ir. Agus Kardinan-Pestisida Nabati, ramuan & aplikasi

Tuesday, March 23, 2010

THE USE OF SUPER ABSORBENT POLYMER (SAP) IN LANDSCAPING AND AGRICULTURE/ PENGUNAAN GEL DIDALAM LANDSKAP DAN PERTANIAN

PENGUNAAN GEL PEMEGANG AIR DIDALAM KERJA KERJA LANDSKAP DAN PERTANIAN

The SAP used in Landscape and Agriculture look very much similar to those gel used in baby disposal napkin and the only different is the chemical content; SAP for landscape and agriculture is not sodium base but of potassium. SAP is very important if you are planting in sandy soil or where frequent watering or irrigation is not possible.

Gel SAP untuk landskap dan pertanian nampak serupa dengan gel didalam lampin pakai buang untuk bayi, perbezaan adalah bahan kimianya yang dibuat dari potassium dan bukan nya sodium. Gel SAP sangat mustahak sekiranya anda hendak menanam ditanah pasir atau tempat tempat yang bermasalah untuk menyiram.

SAP can absorb 300 to 500 times its own volume in water

Not even a table spoon of SAP is required to absorb 800ml of water in just a few minutes


THE ADVANTAGE OF USING SAP/ KELEBIHAN MENGGUNA GEL SAP
  • Reduced water depletion/ mengurangkan kehilangan air
  • Improved planting survival
  • Reduced water runoff/ mengurangkan airhujan mengalir keluar
  • Reduced erosion/kurangkan hakisan tanah
  • Reduced irrigation by 50%/ mengurankan kerja kerja penyiraman sebanyak 50%
  • Anti-crusting/ tanah tidak menjadi keras
  • Increased seed germination/menambah pencambahan biji benih
  • Increased plant growth/ Meningkatkan pertumbuhan tanaman
  • Increase soil water holding capacity/ menambah kapasiti tanah memegang air
  • Soil water availability/Air sentiasa tersedia untuk pokok
  • Soil friability/Tanah lebih lembut
  • Soil flocculation: a condition in which clays, polymers or other small charged particles become attached and form a fragile structure. The process of making many fine particles join together into fewer but coarser particles. / struktur tanah yang lebih baik
  • Increased Soil permeability/ Menambah kebolehan tanah menyerap air
  • Reduced Soil compaction / tanah tidak menjadi mampat







Sunday, March 21, 2010

HOW T0 INSTALL PEBBLE WASH (PEBBLE WASH DO-IT YOURSELF)/ BAGAIMANA HENDAK PASANG ‘PEBBLE


PEBBLE WASH DIY- DO IT YOURSELF

ADVANTAGES OF PEBBLE WASH/ KELEBIHAN 'PEBBLE WASH'

  • Natural material, thus soothing to your eyes/ Bahan semulajadi dan lebih selesa di pandang.
  • Will not fade /Tidak akan pudar.
  • No need to apply paint forever./Tidak perlu dicat sampai bila bila.
  • Aesthetically beautiful./ Cantik.
  • Good for edging or contrast for flooring pattern. / Berguna untuk tepian dan corak didalam didalam rekabentuk lantai.

STEP NO. 1- IDENTIFY ELEMENT TO BE APPLIED WITH PEBBLE WASH
LANGKAH NO. 1- MENGENALPASTI ELEMEN YANG HENDAK DIPASANG 'PEBBLE WASH'
  • Measure the surface area to determine the amount of pebble required for the works. Usually a bag of 25 kg pebbles can cover ten square square feet . If you are skill enough, then you can apply thinner pebble wash and you can cover more than one square meter area with a bag of pebbles. Apply cement rich rendering to the surface to the required shape.
  • Mengukur permukaan elemen untuk menentukan berapa banyak 'pebble' diperlukan, biasanya satu beg 'pebble' boleh digunakan untuk sepuluh kaki persegi. Jika anda sudah mahir, anda mungkin boleh pasang nipis sahaja dan anda boleh dapat menutup lebeh dari sepuluh kaki persegi untuk satu beg batu. Plasterkan mengikut bentuk yang di kehendaki mengunakan simen (lebihkan simen).

SUKATAN PLASTER/PLASTER MIX RATIO


'Plaster' kan struktur dengan sukatan campuran plaster seperti berikut;-
1 SIMEN (CEMENT): 3 PASIR HALUS (FINE SAND) : KAPUR(LIME)

Sukatan kapur adalah dicadangkan mengikut keperluan. Kapur membuat plaster likat dan cepat keras. Anda boleh mencuba mengikut kemahiran (skill) anda. Sekiranya anda memakai simen khas untuk plaster, kapur tidak perlu dicampur lagi.

STEP NO. 2-PREPARATION OF PEBBLE WASH MIX LANGKAH NO.2- MEMBANCUH 'PEBBLE WASH'
  • Use only cement and pebble to make thick paste
  • Guna batu dan simen sahaja dan pekat

  • Ratio of 0.5-0.75 CEMENT (By volume) :1 PEBBLE (By volume)
  • Sukatan 0.5-0.75 SIMEN(Nisbah sukatan) : 1 BATU (Nisbah sukatan)



  • Let the cement absorb water and become very sticky
  • Biarkan simen betul betul menyerap air dan menjadi likat
STEP NO.3-APPLY CEMENT AND PEBBLE MIXTURE ALL OVER THE ELEMENT
LANGKAH NO.3- RATAKAN CAMPURAN BATU DAN SIMEN KE SEMUA PERMUKAAN ELEMENT YANG HENDAK DIPASANG PEBBLE WASH
  • INSTALL PEBBLE WASH MIX WHILST THE RENDERING STILL LOOK ' WET' BUT HARD ENOUGH TO WORK ON
  • PASANG CAPURAN BATU DAN SIMEN KEATAS PLASTER YANG SEDANG MENGERAS
  • COMPACTING AND SMOOTHING
  • MEMAMPATKAN DAN MELICINKAN
  •  COMPACTING CAN BE DONE BY USING ROLLER AFTER MIXTURE START TO HARDEN.
  • KERJA KERJA MEMANPAT DAN MELICIN BOLEH DIBUAT DENGAN MENGUNAKAN ' ROLLER' SELEPAS CAMPURAN SUDAH MULA MENGGERAS




STEP NO.4-WASHING CEMENT ON TOP OF PEBBLE

LANGKAH NO.4- MENCUCI SIMEN PERMUKAAN BATU
USE SHOE BRUSH AND WATER, BRUSH GENTLY AT LEAST AFTER ONE HOUR
GUNA BERUS KASUT DAN AIR, BERUS DENGAN PERLAHAN SEKURANG KURANGNYA SELEPAS SATU JAM

  • AFTER ONE DAY OR MORE, USE DILUTED SULPHURIC ACID AND ROLLER TO WASH LEFT OVER CEMENT ON TOP OF PEBBLE
  • SELEPAS SATU HARI ATAU LEBEH, GUNA ASID SULFURIC(50%-70% CAMPURAN AIR) DAN ROLLER UNTUK MENGELUARKAN SISA SIMEN ATAS BATU

RINSING OF ACID RESIDUE
MEMBASUH SISA ASID



STEP NO. 5. APPLY STONE SEALANT
LANGKAH NO. 5. SAPU 'STONE SEALANT'

Recommended stone sealant brand/Jenis stone sealand yang baik: DOLPHIN BRAND




INSTALLATION OF PEBBLES USING CLEAR BITUMEN AS ADHESIVE INSTEAD OF CEMENT
PEMASANGAN PEBBLES GUNA 'CLEAR BITUMEN' SEBAGAI GAM


I had received a lot of enquiries on installation of pebble using other adhesive instead of cement. Below are photographs of such installation in United Kingdom in the 80's and I was personally involved in the design. The binder used is a clear type of bitumen and the method of installation is the same as the installation of normal tarmac.

Banyak pertanyaan yang saya terima berkenaan pemasangan pebble menggunakan gam selain dari simen. Gambar dibawah ialah satu contoh satu projek disebuah sekolah di United kingdom pada tahun 80an yang mana saya juga terlibat dalam merekabentuknya. Gam jenis bitumen warna cerah/jernih telah dibancuh dengan batu (pebbles). Cara memasangnya adalah sama macam memasang jalan tar biasa.



Pebbles and clear bitumen mix was installed on top of binder course.
Campuran batu dan bitumen tanpa warna di pasang diatas slab 'binder course' (black tarmac base)

Compaction of pebble/bitumen mix using rollers and stamping plate.
Campuran yang telah dipasang di padatkan menggunakan 'compactor', 'roller' dan besi penebat.

ENQUIRIES ABOUT SUZUKA PEBBLES/PERTANYAAN TENTANG SUZUKA PEBBLES
We also receive a lot of enquiries on how to install Suzuka Pebbles which comes in containers. According to our experience, product that comes in container usually required a bit of stirring before using. We suggest that those who intent to use the product, should first practice applying it on any concrete surface. As we our self had no experience using it, we can only guest on how to apply it. Try to apply , level, and compact it. When you are very confidence, then only you can apply it at the destined surface. Usually if adhesive are used as binders, it should also act as sealant, therefore no need to apply acid or sealant. Please inform us on the result so that we can share it with others.
Malay: Ramai yang bertanya cara pemasangan Suzuka Pebbles. Biasanya produk yang dibeli didalam tong besi atau plastic, boleh dipasang terus selepas digaul sedikit untuk membuat batu yang terkumpul sebati semula. Buat percubaan atas permukaan simen dibelakang rumah anda sebelum membuat pemasangan di tempat sebenar, pasang ratakan dan padatkan. Jangan lupa beritahu kami apabila anda Berjaya, supaya kita bolih ‘share’ dengan orang lain
TO VIEW A COMPLETED PROJECT USING PEBBLE WASH EXTENSIVELY- CLICK IMAGE BELOW:-


Notes/catitan;
-

There are more articles listed at the top right column ,listed on the following headings/terdapat banyak lagi artikel disenarai di ruangan kanan/atas dibawah tajuk berikut:-
  • Tips on landscape.
  • Tips on herbal plants,
  • Tips on agriculture
  • General tips .




Wednesday, March 17, 2010

SEMBUNG/ NGAI CAMPHOR –PLANT/BLUMEA BALSAMIFERA

Malay name/Nama Melayu: Chapa, chapor, Sembong,Sambong Sembang, Sembing, semboh
Family/Famili: Compositae
Origin/Negara Asal: Malaysia, Indonesia, Himalaya, Molluccas, Phillipines
Plant height/ Ketinggian pokok: 1.5 to/hingga 3 meters

Facts about the plants/ Fakta mengenai pokok Sembung:
  • Sembong is one of herbal medicine approved by the Philippine Department of Health (DOH) / Salah satu pokok herba yang diluluskan Jabatan Kesihatan Negara Filipina.
  • The plant is a strongly aromatic and smell strongly of camphor/ Berbau kapur barus
  • The Malays rely upon the warm, stimulating, and sudorific effects of medicines prepared from it / Orang Melayu mengamalkan penggunaan ubat ini untuk membuat badan panas dan berpeluh
  • The roots should be taken from young plant, according to old folks, if roots taken after flowering, then it is tasteless./ Akar pokok ini diambil sebelum berbunga, katanya selepas berbunga rasanya tawar.

Medicinal uses
  • Anti urolithiasis-the process of forming stone in kidney. Bladder or urinary tract. /Menggelak dari batu karang
  • Diabetes/ Kencing manis
  • Aids in treating mild hypertension / Darah tinggi
  • Diuretic- it helps dispose of excess water and sodium (salt) in the body/ Untuk buang air dan garam dari badan (penggalak kencing)
  • Treatment of kidney disorders/ Sakit buah pinggang
  • To treat colds/ Demam selsema
  • Reumatism/Sengal tulang, sendi atau otot.
  • Fever/Demam panas
  • Anti-diarrheic /cirit birit
  • Anti-gastralgic properties/ mengelak sakit perut
  • Helps remove worms/ Ubat cacing
  • Treats dysentery/Disentri
  • In Kelantan a decoction from roots is taken by women for menorrhagia/ DiKelantan digunakan untuk melancarkan haid
  • In java a decoction from the leaves is taken by women for menorrhagia/ Di Jawa Indonesia digunakan untuk melancarkan haid
  • Boil with melastoma and mangosteen peel and is used in a bath for flatulence, and tenderness of the leg/Direbus dengan daun senduduk dan kulit manggis untuk melembutkan kaki.
  • Dried pounded leaves blown into horse nostril for cold (Ridley-Journal. Straights Med.Asocc. 5. 1897 page126)/ Debu daun kering disembur masuk kehidung kuda untuk ubati selsema.
  • In Sarawak, it is used in childbirth, it is one of the ingredient in ointment put on the fore head , or a lotion rubbed on the abdomen and as a decoction taken internally/ DiSrawak digunakan untuk ubat selepas bersalin, salah satu ramuan untuk disapu kedahi dan perut dan air rebusan diminum
  • In Indonesia it is used for heart disease Cholera, Bleeding nose, Malaria, Diabetes, Rheumatic, blood clot, and anti-inflammatory/ Di Indoensia dugunakan untuk ubati sakit taun, darah beku dan ubat bengkak.
  • Its expectorant properties make it as a popular recommendation to be taken in as tea to treat colds./ Daun di buat teh untuk ubati batuk dan sakit tekak.

Chemical contents/Kandungan bahan kimia:-
  • Borrneol
  • Cineol
  • Limonin
  • Sesquiterpene
  • Dimethyl ether
  • Tanning
  • Pyrocatechin
  • Glycoside

Notes/catitan;-

There are more articles
listed at the top right column ,listed on the following headings/terdapat banyak lagi artikel disenarai di ruangan kanan/atas dibawah tajuk berikut:-
  • Tips on landscape.
  • Tips on herbal plants,
  • Tips on agriculture
  • General tips .



Rujukan:-

Dr. Setiawan Dalimartha- Resep tumbuhan obat untuk reumatik

Slamet Hariyadi-Mencegah Dan Mengobat Flu/Pilek

I I.H.Burkill- A Dictionary of Economic Product of Peninsula Malaysia
Ridley-Journal. Straights Med.Asocc. 5. 1897 page126




Monday, March 15, 2010

POKOK MERUNGGAI /MORINGA OLEIFERA


To translate to other languages please click chosen flag topmost right.

MERUNGGAI/MIRACLE TREE

POKOK MERUNGGAI /MORINGA OLEIFERA

Nama Melayu: Kacang kelur,Merunggai, Rembungai or Lembungai
Famli: Moringaceae
Negara asal: India, Pakistan dan Afganistan
Ketinggian pokok: 10 meter
Jenis tanah yang sesuai: Tanah kering dan berpasir

Ditanam secara meluas dinegara berikut:
  • India
  • Ethiopia
  • Filipina
  • Sudan
  • Africa Selatan,Timur dan Barat
  • Negara Negara Asia
  • Amerika Latin
  • Caribbean
  • Florida
  • Kepulauan Pasifik

Fakta penting berkenaan pokok ini:
  • Khasiat pokok ini kurang diketahui oleh masyarakat Melayu, mungkin kerana ianya tidak berasal dari negara kita.
  • Pokok ini telah dikaji dengan teliti oleh Negara barat dan Pertubuhan seperti ”Trees for Life’ dan pertubuhan gereja ’Church World Service and Education Concerns for hunger’ dan mereka telah mengambil pakai pokok ini untuk menolong rakyat negara miskin disamping menyebar agama mereka.
  • Mengikut kajian negara barat pokok ini adalah ‘food supplement’ termurah.
  • Kalau diukur sesama berat dengan jenis bahan makanan yang lain daun pokok merunggai mempunyai:-
1. khasiat vitamin A yang lebih tinggi dari lobak merah (carrot),
2. lebih banyak zat besi dari bayam,
3. lebih banyak vitamin C dari limau,
4. lebih banyak kalsium dari susu,
5. lebih banyak potassium dari pisang
6. dan kualiti proteinnya setanding dengan telur dan susu.

  • Pengkaji barat telah mentakrifkan pokok ini sebagai pokok yang paling berguna kepada manusia dan dipanggil ‘miracle tree’
  • Pokok ini dikatakan mempunyai protein yang senang di hadam
  • Mengikut kajian pemakanan, orang orang yang mengamalkan memakan daun dan buah pokok ini kurang berisiko kena penyakit kanser.

Kegunaan sebagai makanan:
  • Semua bahagian pokok ini boleh dimakan dan berguna tetapi tidak digalakkan makan akarnya oleh kerana ada alkaloid.spirichin
  • Daun basah boleh dimasak pelbagai cara
  • Daun kering boleh disimpan lama tanpa hilang khasiat
  • Buah muda boleh dimasak macam sayur
  • Biji boleh dimasak atau dipanggang
  • Minyaknya yang susah rosak digunakan untuk ‘salad’
  • Bunganya boleh dimakan kalau dimasak

Minyak dari biji:
  • Biji mempunyai kandungan 30-40% minyak
  • Minyaknya di kenali sebagai BEN OIL
  • Digunakan dalam minyak wangi dan perubatan
  • Minyaknya tidak melekat dan digunakan untuk peralatan/jentera halus

Biji yang telah dikisar menjadi debu:
  • Digunakan untuk merawat air menggantikan aluminium sulphate. (water purification by flocculation, sedimentation, anti-biosis, and reduction of Schistosome cercariae.)
  • Di pedalaman Indonesia , air dari kawasan tanah gambut telah dirawat mengunakan biji meruggai (Artikel mengenainya ada didalam senarai 'general tips' di sebelah kanan)

Makanan ternakan:
  • Daun
  • Sisa biji selepas diambil minyaknya
Batang pokok
  • Tanning atau bahan kelat dari batang pokok digunakan untuk perusahaan kulit
  • Dibuat gam

Perubatan -antaranya seperti berikut (semua bahagian pokok ini mempunyai khasiat perubatan):
  • Menstabilkan tekanan darah/hypotensive
  • Mengawal kadar glukos dalam darah
  • Cirit birit
  • Bengkak dalam usus
  • Parasit dalam perut
  • Sengal tulang
  • Sakit sendi
  • Arthritis
  • Gout
  • Meningkatkan ketahanan badan
  • Kanser prostate,kulit dll./anticancer
  • Sakit kerongkong/bronchitis
  • Jangkitan saluran kencing
  • Kurang darah/anemic
  • anti-kuman, termasukkuman 'Helibacter pylori' yang menyebabkan sakit 'ulser' dan gastrik
  • Anti-bengkak/anti-inflammation
  • Hypo glycemic

Kandungan bahan kimia dan bahan aktif:-
  • 4-(4-0- acetyl-a-L-rhamnopyranosyloxy) benzyl isothiocyanate
  • 4-(4-L- acetyl-a-L-rhamnopyranosyloxy) benzyl isothiocyanate
  • Niazimicin
  • Pterygospermin
  • Benzyl isothiocyanate
  • 4-(a-L- acetyl-a-L-rhamnopyranosyloxy) benzyl glucosinolate
  • ‘Ptyto-chemicals’ seperti carotenoids (pro-vitamin A)
  • The seed contain inodorous oil, glycerides of oileic, palmitic, and stearic acids.
Kepada anda yang membaca artikel ini harap dapat menyebar khasiat pokok ini kepada kawan kawan untuk menanam pokok ini dirumah dan:-
  • Tidak perlu lagi risau tentang bahan kimia pada sayuran
  • Tidak perlu beli food supplement yang tidak murah harganya
  • Menghindar banyak penyakit
Pokok ini sangat senang ditanam, ambil saja satu ranting atau dahan cucuk kedalam tanah dan siram membaja sekali sekala, itu saja anda perlu buat.


Notes/catitan;-

There are more articles
listed at the top right column ,listed on the following headings/terdapat banyak lagi artikel disenarai di ruangan kanan/atas dibawah tajuk berikut:-
  • Tips on landscape.
  • Tips on herbal plants,
  • Tips on agriculture
  • General tips .

Rujukan

Wiki

Journal Tree of life

I.H.Burkill- A Dictionary of Economic Product of Peninsula Malaysia