THE USE OF CHLOROCHOLINE CHLORIDE (CCC) IN LANDSCAPE AND AGRICULTURE INDUSTRY
To translate to other languages click chosen flag topmost right column.
Nama penuh kimia: (2-Chloroethyl)trimethylammonium Chloride- ClCH2CH2N(CH3)3Cl
Nama sinonim: (2-Chloroethyl)trimethylammonium chloride, Chlormequat chloride, Choline dichloride
Pengunaan CCC diluar negara
To translate to other languages click chosen flag topmost right column.
Nama penuh kimia: (2-Chloroethyl)trimethylammonium Chloride- ClCH2CH2N(CH3)3Cl
Nama sinonim: (2-Chloroethyl)trimethylammonium chloride, Chlormequat chloride, Choline dichloride
Pengunaan CCC diluar negara
- Sekiranya anda keluar Negara anda akan dapati banyak pokok pokok bunganya yang bersaiz kecil daripada biasa tapi bunganya besar, sebenarnya pokok pokok tersebut telah disembur dengan CCC.
- Ubi kentang ‘potato’ (Solanum tuberosum L.) di luar negara pokoknya renek sahaja tetapi ubinya lebih besar dan lebih banyak. Pokok pokok ini telah disembur dengan CCC.
Pengunaan CCC Di Malaysia
- CCC adalah satu bahan kimia yang hanya dipakai oleh penyelidik penyelidik pertanian di Badan badan Kerajaan dan Universiti tempatan
- Bahan ini sangat jarang dipakai didalam Industri landskap dan pertanian di Malaysia.
Fungsi CCC
- Mengawal pertumbuhan pokok (Growth regulator)
- Menambah kapasiti fotosintisis( photosynthetic capacity and photoassimilate partitioning among leaves )
- Kajian telah dibuat di beberapa Universiti diEngland telah mendapati pokok barli yang disembur dengan CCC memberi hasil tuaian yang lebih tinggi.
- Daun yang disembur dengan CCC mempunyai chlorophyll 22% lebih tinggi
- Pokok pokok yang disembur dengan CCC akan jadi renek disebabkan ruas batang akan jadi pendek tetapi tidak menjejaskan saiz bunga dan daun.
- Tenaga yang dihasilkan melalui fotosintisis tidak digunakan untuk pembesaran/ pemanjangan batang pokok (stem/stolon) tetapi sebaliknya menghasilkan lebih banyak bunga dan bijian/ubian.
En. Ismail Saidin dan CCC
- En Ismail Saidin adalah bekas penyelidik di Univesiti Kebangsaan Malaysia dan Botanist di Putrajaya, beliau juga adalah penulis buku yang terkenal. Banyak buku buku beliau mengenai pokok terdapat dipasaran dan menjadi rujukan ramai. Walau pun beliau belajar di Jerman , saya pula di England dan berlainan latarbelakang dan pengalaman, kami berkawan rapat dan selalu bertukar pendapat. Pengetahuan beliau tentang pokok pokok tempatan dan pokok pelik pelik adalah sangat tinggi dan apabila saya ada masalah mengenal sebarang pokok, beliaulah tempat saya merujuk.
- En. Ismail telah membuat penyelidikkan berkenaan CCC keatas banyak jenis pokok termasuk Bunga raya. Pokok Bunga raya yang terkenal dengan batang / ranting yang panjang panjang dan bunga yang jarang jarang tidak berapa menjadi pilihan peminat pokok disini. Pokok yang cepat membesar ini sekiranya ditanam dipembahagi jalan ianya akan menghalang penglihatan..
- En. Ismail telah berjaya menjadikan pokok Bunga raya yang renek tetapi berbunga besar dengan menguna CCC.
- ‘Dosage’ CCC berlainan dari pokok ke pokok dan penyelidikan perlu dilakukan untuk mendapat dosage yang sesuai.
- En. Ismail Saidin sedia berkerjasama sekiranya ada mana mana pihak berminat untuk menguna CCC
Keselamatan
- Untuk keselamatan, penyemburan CCC perlu memakai topeng muka keselamatan, cermin mata keselamatan dan sarung tangan
References
http://isaidin.blogspot.com
http://jxb.oxfordjournals.org/cgi/content/abstract/36/7/1126
http://www.journalarchive.jst.go.jp/english/jnlabstract_en.php?cdjournal=bcsj1926&cdvol=6&noissue=1&startpage=25
http://www.sigmaaldrich.com
http://www.sciencedirect.com
Promote blog
...traigo
ReplyDeletesangre
de
la
tarde
herida
en
la
mano
y
una
vela
de
mi
corazón
para
invitarte
y
darte
este
alma
que
viene
para
compartir
contigo
tu
bello
blog
con
un
ramillete
de
oro
y
claveles
dentro...
desde mis
HORAS ROTAS
Y AULA DE PAZ
TE SIGO TU BLOG
CON saludos de la luna al
reflejarse en el mar de la
poesía...
AFECTUOSAMENTE
AGROBIO SOLUTIONS
ESPERO SEAN DE VUESTRO AGRADO EL POST POETIZADO DE CHOCOLATE, EL NAZARENO- LOVE STORY,- Y- CABALLO, .
José
ramón...
Yes Mr Jose Ramon, I would love to hear your love story and your poetry and of course enjoying your tasty chocolate and I wish I am in Portugal.
ReplyDelete